Tuesday, March 23, 2010

Mamak 1 Dunia




Mamak 1 Dunia

Biasanya kalau ke Restoran Mamak 24 Jam ini terutama di Pelita Taiping Sentral, aku cuma order Roti Canai sambil menemani anak jantan seorang aku itu dengan Nasi Kuah Campur dan Ayam Madunya serta orang rumah seorang aku itu dengan Maggi Gorengnya.

Kalau nak lebihpun di Shubaidah depan Kompleks Sempilai, Prai itu aku akan order Capati, Tosai dan Vade dicicah Gulai Kambing, Sadirn dan Dalca. Kalau di KL pula, orang rumah seorang aku itu akan order Susu Lembu Panas.

Bulan lepas semasa servis kereta di Proton Edar Juru Auto City, aku terasa nak makan Nasi Lemak di Pelita di situ. OK juga dengan harga RM 1.50 sepinggan bersertakan sebelah Telur Rebus.

Sudah jadi 1 Malaysia Mamak sekarang ini. Rupa-rupanya bukan sahaja Nasi Lemak, kebanyakan Restoran Mamak sekarang ini sudah menyediakan menu Tom Yam! Ini sudah 1 Asia. Terbaru banyak Restoran Mamak sudah ada menu Western! Ini sudah 1 Dunia!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment