Thursday, March 25, 2010

Masak apa sodap ikan ini?

Sumber internet

Masak apa sodap ikan ini?

Sebelum ini (semenjak penghujung 90an) kerap aku mendapat telefon menjemput taklimat mengenai kad percutian dan dijanjikan percutian percuma jika bersedia untuk mendengar taklimat yang biasanya melebihi sejam. Malah aku bersama isteri seorang aku itu dan anak jantan seorang aku itu pernah terpengaruh untuk menghadiri taklimat yang lebih dari penjualan kad percutian.

Kemudian bersilih-ganti dengan panggilan menawarkan kad kredit berlanjutan dengan pinjaman segera lulus melalui telefon sahaja.

Terbaru (semenjak tahun lepas sehingga semalam) aku sering dihubungi pula yang hampir kesemuanya dari satu syarikat ataupun seumpamanya yang berkaitan Arowana Bukit Merah.

Rasanya sudah berbelas pemanggil dan kebanyakannya adalah perempuan cuma seorang dua sahaja yang sejantina dengan aku.

Jenuh juga aku bersopan santun dengan penuh adab memberi alasan tidak berminat. Ada yang memahaminya dan juga yang mendesak untuk terus bercakap.

Terbaru petang semalam aku menerima satu panggilan. Pemanggilnya perempuan dengan suara ceria seolah-olah telah lama mengenali aku. Pemanggil perempuan ini juga seolah-olah tidak mahu membenarkan aku memutuskan panggilan. Ada saja jawapannya apabila aku serta-merta memberi alasan tidak berminat untuk menyertai skim peliharaan ikan hiasan ini yang dijamin keuntungannya yang lumayan dan segera.

Jemu mendengarnya berceloteh manja mengoda panjang, aku menanya satu soalan maut.

"Masak apa sodap ikan ini?"

Terus terdiam perempuan sipemanggil ini dan talian terus terputus. Terasa juga di hati untuk beramah mesra dengan menghantar sms bertanyakan lagi.

"Mana sodap? Goreng saja ka atau Masak Tiga Rasa?"

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

2 comments:

  1. aku tau...masak gulai tempoyak best... naik selera aku lau dengar gulai tempoyak...
    tapi satu la, ikan ni mahal bro...bgus jual ble makan siakap 3 rasa lak kat kedai...
    he3...jgan lupa ajak makan sekali 2...

    salam perkenalan kepada blogger

    ReplyDelete
  2. Alamak Md Saidi :-)

    Mcmana aku org Batu Kurau yg terkenal dgn Durian dan Tempoyak ini boleh terlupa dengan Menu Masak Gulai Tempoyak ini.

    Lukmanw

    ReplyDelete