Thursday, March 25, 2010

Terima kasih Pee Emm




Terima kasih Pee Emm

Sebagai pengguna tegar Internet di mana di rumah aku sahaja ada 3 laptop dan 1 desktop, dengan aku sendiri, orang rumah seorang aku itu dan anak jantan seorang aku akan berebut-rebut dengan satu broadband Celcom dan satu dial-up TM Net, maka pengumuman yang dibuat oleh Pee Emm ini amatlah dihargai.

Adalah terkeluar sedikit gomelan aku mengenai pengumuman Pee Emm dengan merujuk dua punca berita yang "tak mungkin sama-sekali dimanipulasi" apa yang keluar dari mulut Pee Emm sendrii iaitu TV3 (malam semalam) dan Utusan Malaysia (dibaca semasa basuh kereta pagi tadi). Gomelan aku itu berkaitan dengan perkara 1 dan perkara 2 seperti mana tercatat dalam gambar kedua dan ketiga di atas.

Hasilnya aku mendapat "kritikan" dari orang rumah seorang aku itu dan "pertanyaan bakal pemimpin masa hadapan" dari anak jantan seorang itu.

"Abang ni kalau gomen buat program, ada saja nak komen!"

"Ayah, siapa yang ramai tinggal di Shah Alam, Subang Jaya, Taman Tun Dr. Ismail dan Bangsar ini?"

Apapun jawapan yang telah aku debatkan dengan isteri seorang aku itu?\ diperdengarkan kepada mereka berdua, aku (dan kami bertiga!) tetap berterima kasih kepada Pee Emm.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

4 comments:

  1. dekat PM saja ka? Saya nagn rakan seperjuangan kat TM ni bergolok gadai nak realisasikan benda ni bang

    ReplyDelete
  2. he, he

    semua le tu tapi syarat student IPT 1st & 2nd yr tu tak ter-apply kpd anak jantan aku seorg tu lagi.

    Hang tlg le adjust yg satu scheme lagi tu.

    Lukmanw

    ReplyDelete
  3. hahaha, quota dah penuh. Kita tunggu next scheme sebab Najib sendiri yang umum nak bagi netbook dengan package murah.

    ReplyDelete
  4. "Perdana Menteri berkata, pakej baru itu yang akan turut disertakan dengan komputer netbook akan dikenakan yuran bulanan antara RM20 hingga RM38." - Najib yang kata, Utusan malaysia

    ReplyDelete