Sunday, April 04, 2010

Delay lagi!



Delay lagi!

Flight Miri ke KLIA sepatutnya jam 4.10 pm hari ini delay dengan jangkaan jam 4.50 pm. Itupun jangkaan pertama di mana kemungkinan delay lagi yang akan diumumkan kemudian.

Biasanya habis sahaja kelas 3.00 pm (sepatutnya kelas berakhir 4.00 pm tetapi waktu lunch diteruskan juga) aku bergegas ke airport. Hari ini ada yang beriya-iya mengajak perkena Sup Tulang Sapi di Restoran Manli menyebabkan aku hanya tiba di airport sekitar 3.30 pm. Biasanya aku hanya makan tengahari di atas kapalterbang.

Kekenyangan akibat semangkuk sup dan sepinggan nasi puteh, menyebabkjan aku tidak pasti bilakah aku akan menukar voucher makanan yang diberi. Mungkin sebaik sahaja pengumuman jadual berlepas disahkan.

Mujurlah juga ada notebook dan talian wi-fi dari Starbuck di airport ini untuk aku bersantai.

Harap-harap flight seterusnya dari KLIA ke Penang yang dijangka jam 8.50 pm tidak akan delay.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

No comments:

Post a Comment