Sunday, April 04, 2010

Makan malam di KLIA & geng motorsport




Makan malam di KLIA & geng motorsport

Flight dari Miri sampai di KLIA sekitar 8.30 malam.

Mungkin kekenyangan Sup Sapi dengan Nasi Puteh di Miri, aku hanya tapau minta plastik untuk bawa turun makan malam di atas flight iaitu Nasi Kuzi dengan Ayam Masak Merah. Makanan yang ditukar dengan Voucher Flight Delay iaitu Sandwich Telur di Airport Miri juga aku bungkus sahaja.

Entah pukul berapa pula flight dari KLIA ini ke Penang. Dijangka 9.30 pm tapi flight 8.45 pm pun belum berlepas.

Tengah sedap-sedap makan sandwich depan Ruang Berlepas A4, aku terdengar nama aku dipanggil.

"Abang! Apasai tak jumpapun dalam trek?"

Rupa-rupanya aku disapa oleh seorang kenalan lama iaitu orangkuat Motorsport dari Sabah. Umurnya lebih tua dari aku tetapi mungkin kerana dia mengganggap aku sebagai "si-fu" nya dalam pengurusan acara motorsport ini dipanggilnya aku sebagai abang. Manakan tidak, bukan hendak membanggakan diri, hampir dua tahun dia sanggup datang ke Semenanjung semata-mata untuk mengikuti aku dalam setiap penganjuran Motorsport dan kini beliau adalah "key personnel" dalam penganjuran Motorsport di Sabah.

Terkejut apabila dia mengetahui aku baru turun flight dari Miri. Beliau yang seharian di trek F1 begitu ceria berceritakan acara yang berlangsung di trek F1 Sepang hari ini.

Kami hanya sempat berbual seketika kerana flight beliau ke Kota Kinabalu sudah bersedia untuk berlepas.

Kadang-kadang sayu juga apabila disapa oleh geng-geng motorsport ini. Teringat kata-kata seorang rakan karib aku semasa di kilang tayar di Taiping dahulu yang kini beliau bertugas di Petronas. Katanya pengelibatan aku dalam motorsport akan berakhir apabila aku menjawat jawatan sebagai manager. Salah jangkaannya! Semasa aku menjawat jawatan manager di Tasek Cement, pengelibatan aku dalam motorsport di hujung minggu lagi bertambah hebat. Rupa-rupanya apabila aku sudah bergelar pengajar sepenuh masa ini, pengelibatan aku dalam motorsport mula menunjukkan tanda-tanda penghujungnya.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment