Monday, April 26, 2010

Seni Ventriloquism

The Great Lester dengan Frank Byron Jr


Edgar Bergen dengan Charlie McCarthy




Stage Door Canteen 1943

Seni Ventriloquism

Penah mendengar Seni Ventriloquism? Atau Seni Bersuara Dari Dalam Perut (kerongkong?) ini?

Pengamal ventriloquism ini digelar Ventriloquist yang biasanya ditemani oleh patung yang dikenali sebagai “dummy” semasa membuat persembahan pentas. Ada ventriloquis yang mahir dengan pelbagai suara. Bagaimanapun kebanyakan ventriloquis yang terkenal hanya setia kepada satu jenis suara dan satu watak dummy sahaja.

Biasanya dummy adalah watak manusia. Ada juga dummy terdiri dari watak binatang dan sebagainya. Kebanyakan dummy direka dengan pengerakan kedua-dua bahagian atau satu bahagian bibir sahaja. Ada dummy yang lengkap dengan pergerakan anggota badan yang lain seperti tangan. Ada dummy yang bersaiz separa tangan dan dummy yang lengkap tubuh badan sehingga ke kaki.

Seni ini mula dipopularkan oleh Harry Lester (1878 – 1956), yang dilahirkan di Poland. Beliau dikenali di atas pentas sebagai The Great Lester. Dikenali sebagai "Grandfather of Modern-Day Ventriloquism", Lester mendakwa orang pertama yang beraksi sambil menghisap rokok dan meneguk air di samping dummy sedang bercakap. Lester juga terkenal dengan persembahan sambil berjalan mendekati penonton bersama-sama dummynya sedang bersiul.

Lester juga berkemahiran dengan pelbagai jenis suara tetapi beliau lebih menumpukan kepada satu suara untuk watak dummynya yang terkenal iaitu Frank Byron, Jr.

Lester juga dikenali ramai sebagai guru ventriloquism. Salah seorang anak muridnya yang terkenal ialah Edgar Bergen

Ventriloquist Edgar Bergen terkenal dengan dummynya Charlie McCarthy yang bersamanya dalam satu siri radio 1937-1956 dan juga dalam filem Stage Door Canteen (1943).

Bagaimanapun seni ventriloquism mula pudar apabila televisyen berwarna mula diperkenalkan. Kini dengan pelbagai media hiburan berteknologi tinggi seni ini mula dilupakan orang.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Ventriloquist Malaysia, Mahadi dengan dummy Jalutnya (Gambar dari internet)

27-Apr-2010 Stop Press. Malam tadi saya dihubungi oleh Warga Emas kenalan saya ini dan beliau memaklumkan saya mengenai Ventriloquist Malaysia, Mahadi dengan dummy Jalutnya.


Ventriloquism Boxer Dummy

Seorang kenalan saya Warga Emas (bekas guru Bahasa Inggeris) yang terlantar uzur keseorangan di Ipoh menghubungi saya baru-baru ini. Beliau yang mendakwa sebelum ini seorang ventriloquist dan pernah membuat persembahan di beberapa kelab malam tahun 70an (tidak pasti sama ada di Ipoh atau tempat lain) ingin menghadiahkan atau menjual dummy ventriloquism yang terakhir yang dimilikinya kepada yang berminat.

Sebenarnya beliau berhasrat agar saya mewarisi bakat seni ventriloquism dan dummy-nya itu. Sementelah saya didapatinya berminat dan biasa membuat pelbagai (selain ventriloquism) persembahan kepada khalayak ramai terutamanya kepada kanak-kanak. Malangnya saya tidak berminat dengan seni Ventriloquist. Sementelah beliau juga berkeadaan yang uzur ketika ini menyukarkannya mengajar dan memahirkan saya untuk menguasai seni ventriloquism.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan atau membeli dummy boxer ventriloquism ini boleh berbuat seperti berikut:

1. Menulis essei 100 perkataan dalam Bahasa Inggeris mengapa anda layak mendapat dummy boxer ventriloquism ini secara percuma* (emailkan kepada lukmanw@gmail.com) ataupun,

2. Membelinya dengan harga RM 100.00* dan emailkan dahulu maksud anda kepada lukmanw@gmail.com untuk mendapat pengesahan pembelian dan juga cara-cara pembayaran.


Keadaan dummy boxer ventriloquism adalah seperti dalam gambarajah. Dummy ini boleh mengerakkan lehernya secara spring mechanism dan pergerakkan kedua-dua belah tangannya dikawal oleh dua jari dalam badan. Dummy jenis ini tidak boleh mengerakkan bibir.

Setakat ini hanya ada sepasang pakaian (agak lusuh) pada dummy ini. Pemilik asal cuba mencari beberapa pakaian lain (jika masih ada dalam simpanannya). Pemilik juga cuba mencari sebuah lagi dummy dalam simpanannya yang didakwa boleh mengerakkan bibir.

*Bayaran RM 10.00 untuk kiriman pos secara courier atau anda datang sendiri ke Ipoh untuk mengambilnya.







3 comments:

  1. Kalau tak silap saya, Dato Jamali Shadat selain terkenal dengan 'atan', juga mahir dalam seni ini.

    betulkan saya jika saya salah.

    ReplyDelete
  2. 1. Mus - mmg betul Dato Jamali ada dummy (Atan) tapi dia bukannya ventriloquist. Dato Jamali cuma mahir dengan pelbagai jenis suara.

    2. Ada email yang saya terima mengapa essei tersebut perlu dLm Bahasa Inggeris? Kenalan Warga Emas saya itu berbangsa Celyon. Dia boleh berbahasa Melayu tetapi agak sukar membaca dalam Bahasa Melayu. Dia agar terketinggalan dgn teknologi. Dia tiada HP dan tiada komputer. Perhubungan hanya face-to-face dan telefon rumah serta menggunakan surat :-)

    Lukmanw

    ReplyDelete
  3. Mus

    Kenalan Warga Emas aku ini memberitahu di Malaysia ada beberapa orang Ventriloquist. Antara yang terkenal ialah Mahadi dengan dummy Jalutnya.

    Lukmanw

    ReplyDelete