Monday, May 17, 2010

Not everyone can become a teacher


Not everyone can become a teacher

Seperti biasa, seperti di tahun-tahun lepas tarikh semalam aku menerima banyak sms-sms dan hanya satu panggilan mengucapkan Selamat Hari Guru. Mungkin kerana sibuk berkursus induksi di Intan Sungai Petani ini semalam, tiada satu ucapan dari aku sama ada secara sms ataupun menelefon. Hanya blog sebagai pengganti diri.

Tahun ini juga seperti di tahun-tahun lepas, pelajar-pelajar yang mengucapkan Selamat Hari Guru hanyalah terdiri dari mereka yang masih dalam pengajian. Mereka yang sudah berkonvo sudah tiada lagi kedengaran khabar. Yang kerap berhubungan selepas ini (dan sebelum ini juga) takala mereka mengadapi sebarang permasalahan atau kemuskilanan di tempat kerja. Seperti biasa aku sentiasa mengalu-alukan sebarang pertanyaan atau permintaan mereka ini.

Mungkin juga mereka ini tidak menganggap aku sebagai guru walaupun aku sendiri lebih suka dikenang sebagai guru daripada pensyarah. Malah kalau bertemu dengan sesiapapun yang bertanyakan apakah pekerjaan aku sekarang ini, aku lebih gemar menjawabnya; mengajar (teaching) dan bukannya sebagai pensyarah (lecturing)!

Lewat petang semalam aku menerima sms dari seorang mantan rakan sejawat iaitu seorang pengurus wanita yang terkenal dengan kegigihan dan ketokohannya sebagai seorang pengurus wanita yang berkerja di sebuah kilang yang dimonopoli oleh lelaki dan juga persekitaran 4D iaitu; Difficult, Dangerous, Dirty and Dust.

Dalam sms-nya, beliau menulis;

Not every flower can represent love,
but ROSES did it!

Not every tree can stand thirst,
but CACTUS did it!

Not everyone can become a teacher,
but you dit it!

Happy Teacher's Day a wonderful teacher!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment