Wednesday, June 30, 2010

Makan-makan di Penang





Makan-makan di Penang

Sabtu dan Ahad lepas, seperti sebelum-sebelum ini aku, orang rumah aku seorang itu dan anak jantan seorang aku itu berada di Prai. Kebetulan pendaftaran pelajar baru hanya pada hari Sabtu, Ahadnya kami berlibur ke pulau.

Tengahari sabtu kami sempat ke
Restoran Ikan Bakar Din, Kepala Batas ini. Dari jauh restoran ini umpama "rumah kenduri" dengan penghujung bertali-arus keluar masuk! Betul-betul 1 Malaysia! Melayu, China dan India saling berganti tempat duduk.

Pujian kepada pengusaha restoran ini kerana pekerjanya bukan sahaja ramai tetapi pengagihan pekerja pada "work station" amat cekap seperti kaunter, pemotong daging/ikan, penceduk nasi, pembungkus dan pengira. Itu tak termasuk pelayan yang sentiasa memeriksa meja.

Apa yang kurang selesa sikitpun hanyalah ruang makannya terlalu banyak meja dan sudah tentu semua meja penuh! Kini restoran ini juga menyediakan ruang tempat letak yang luas bersebelahan restoran.

Menu kami tiga beranak hari itu ialah Ikan Terbuk dan Keli Bakar, Daging Bakar, Telur Ikan, Pekasam, Kerabu Perut, Ulam-ulaman. Uh! Sampai hari ini terasa Air Asam dan Sambal Kicapnya!

Ahadnya kami ke pulau. Seperti biasa singgah di
Pasar Lambak Rope Walk Jalan Kulit. Banyak juga buku dan majalah terpakai yang kami bertiga memborongnya. Kemudian perkena Char Ketiaw dan Mee Hokien di Gerai Sinar Bintang berhampiran.

Selepas menjamu mata di Gurney Plaza, kami ke Warung Tauhu Rendang di Chow Rasta. Mungkin bukan rezeki kami, warung ini rupanya ditutup pada setiap hari Ahad. Rupa-rupanya kunjungan kami sebelum ini ke warung ini tidak pernah pada hari Ahad.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


Tauhu Rendang Chow Rasta

5 comments:

  1. Kedai ikan bakar din ni sedikit mahal. Dan harga tak pernah tetap. Itu kelemahannya

    ReplyDelete
  2. Mus

    OK le juga harganya. Menu kami makan hari tu (tak termasuk air kelapa) ialah RM 41.00 dengan Terubuk + Keli Bakar, 2 ketul Daging Bakar, semangkuk Telur Ikan, Pekasam kecil 2 ekor, Kerabu Tauge/Perut dan Ulam-ulaman. Nasi 4 pinggan!

    Aku sebenarnya cari Nasi Kandar Abo tapi tak jumpa :-)

    ReplyDelete
  3. Peta uang saya mark tu... Tak jumpa ker Bang Man? Tapi, lain mulut lain rasa tau.. hehehe

    ReplyDelete
  4. aku dah lama tak pi kat sini.terliuq plak tgk lidah bakar n teloq ikan .aku balik balik dari ipoh makan NASI GANJA , hang dah cuba pi try test tengok?,he he

    ReplyDelete
  5. Nasi Ganja Ipoh? Ada posting 17 Ogos 2009 (dan juga sebelum-belumnya) atau link ini; http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/2009/08/nasi-wanggei-nasi-ganja-jalan-yang.html

    Ini favourite aku semasa dok hostel Ipoh 1980 - 1984 sek men dulu.

    Lukman

    ReplyDelete