Friday, June 18, 2010

No reservations Part 5 Kuala Terengganu Beserah 17 Jun 2010





No reservations Part 5 Kuala Terengganu Beserah 17 Jun 2010

Malam semalam seperti di KB, KT juga direnjis hujan. Kami hanya makan malam di sebuah restoran berhampiran Hotel Seri Malaysia.

Pagi ini setelah bersarapan kami check-out dan terus ke Pasar Besar Kedai Payang. Hampir sejam aku melilau mencari parking. Terlalu banyak kereta terutama berplet luar Terengganu memenuhi kawasan Pasar Besar Kedai Payang ini.

Kami minum pagi dengan Nasi Dagang di atas Pasar Besar Kedai Payang ini. Ada juga kuih-muih tradisonal di atas meja tetapi tidak kami jamah kerana kesemuanya tidak bertutup dan dihurungi lalat!

Selepas membeli sedikit kain baju batik, keropok dan cenderahati serta menjamu mata kami bertolak keluar dari Bandar KT.

Seperti biasa kami singgah beberapa tempat di sepanjang jalan membeli apa jua yang terjual. Itupun terlepas juga Roti Paun dan Baulu!

Kami singgah di Temasik untuk makan tengahari lewat. Surau dan bilik air di Stesen Petronas di Temasik ini hebat sekali. Kami tidak pasti adakah kesemua Stesen Petronas yang banyak di sepanjang jalan KT ke Kuantan ini memiliki surau dan bilik air yang sama. Sepatutnya semua stesen menjadikan surau dan bilik air seperti di Stesen Petronas Temasik ini sebagai penanda aras (benchmark).

Kami makan tengahari di dalam Mesra Mart di Temasik. Mesra Mart ini walaupun luar dari kawasan Bandar Kuala Terengganu dan Kuantan, ianya seolah-olah seperti sebuah pusat membeli di bandaraya utama, besar dan lengkap dengan pelbagai kedai utama seperti Reject Shop, Toy R Us, Burger King dan sebagainya. Maklumlah di sini tempat “Warga Petronas” menetap!

Di Kijal kami berbelah bagi sama ada hendak berhenti atau tidak membeli Lemang Kijal yang terkenal itu. Mungkin kerana perut sudah sendat dan terlalu banyak kenderaan meneuhi sepanjang gerai-gerai menjual lemang di Kijal ini, kami meneruskan sahaja perjalanan.

Kami singgah di Beserah di rumah sepupu yang terlibat dalam perusahaan Keropok Lekor. Keluarga sepupu aku ini juga turut mempunyai gerai di Pasar Segar Beserah. Memang menjadi kebiasaan aku, kalau melalui Beserah mesti singgah untuk mendapatkan hasil laut segar yang baru dinaikkan ini.

Di Beserah juga seperti setiap perjalanan sebelum-sebelum ini, kami perkena Seafood di Restoran Pak Soo. Di restoran ini jugalah aku dan anak jantan aku seorang itu pernah bergambar dengan Ramli Sarip pada tahun 2003

Pukul 9 malam kami bertolak ke KL dan sampai di rumah kakak ipar aku di Taman Koperasi Polis, Gombak jam 11 malam. Sempat lagi “bersahur” beramai-ramai dengan Nasi Panas yang baru dimasak dan hasil-hasil lauk yang segar-bugar dan manis rasanya seperti Sotong Besar, Ikan Kembung dan Merah dari Laut Beserah ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com











































2 comments:

  1. hang pun tau psal roti paun jugak ker , mmg favourite aku kalau pi KT , aku sebenarnya jumpa roti ni secara tak sengaja masa on the way nak ke pusat batik . mmg sedap kalau makan panas2

    ReplyDelete
  2. Xplorer

    Trip kali ni aku miss Roti Paun ni. Biasanya aku akn singgah di gerai yg masak dan mkn panas-panas. Begitu juga Baulu atau Akok.

    Tetapi aku tak berapa "berahi" kuih yg terlalu manis di KB seperti dalam gambar iaitu Jala Mas (bukan Roti Jalan!), Buah Tanjung, dll. Manakala Etak (mcm lala) aku tak reti makan walaupun bapa aku asal org kelantan.

    Lukmanw

    ReplyDelete