Ais Kacang Swatow Lane Penang
Bagi pengemar Ais Batu Campur atau juga dikenali sebagai Ais Kacang, aku pantang dimaklumkan mengenai menu minuman ini. Malah aku pernah pergi sejauh Hua Hin (beberapa kali!) di Thailand semata-mata untuk menikmati Ais Kacang di Pasar Malam di sana.
Sudah lama aku tidak menikmati Ais Kacang Swatow Lane di Penang. Setelah ura-ura mengatakannya sudah berpindah ke tempat baru yang lebih selesa 2, 3 tahun lepas, aku langsung tidak tergerak hati hendak ke sini.
Disember tahun lepas (2009) rakan superbiker dari Singapura menelefon aku bertanyakan di mana letaknya “New World Park Food Court Penang”. Aku pernah mendengar lokasi tetapi tidak tahu di mana letaknya.
Minggu lepas kebetulan aku berada di Pulau, aku menelefon Kuan Meng Heng (anak Bulldog Kuan) bertanyakan di mana letaknya New World Park Food Court Penang.
Rupa-rupanya New World Park Food Court Penang ini terletak bersebelahan Swatow Lane dan hampir kesemua peniaga-peniaga di Swatow dahulanya telah dipindahkan ke sini.
Bagaimanapun mengecewakan kerana ianya sama seperti sebelum ini iaitu hampir kesemua gerai dimonopoli oleh peniaga Bangsa Cina kecuali 2 gerai Pasembur Mamak. Mungkin sedikit berbeza kini ramai pembantu gerai yang terdiri dari bangsa asing Bangladesh dan Myanmar.
Aku juga tidak pasti sama ada Gerai Ais Kacang Lee New World (Lee Brothers) dalam New World Park Food Court Penang adalah Gerai ABC yang sama iaitu Kedai Ais Kacang Sin Sen Kai yang masih beroperasi di Swatow Lane. Apapun rasanya masih sama. Untuk kali ini kami hanya mencuba menu biasa bukan special yang ditambah dengan buah-buahan.
Pasembur di sini bolehlah tahan dengan kuahnya agak kehitaman. Rasanya jauh beza dengan Tahu Rendang Chowrasta!
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
eh! Dah tempat baru!!!!
ReplyDeleteNampak sangat dah bertahun saya tak pergi sana.
Mus
ReplyDeleteIni port favourite Singapore bikers. Cuma yg tak best ada 2 shj pasembur mamak. Mkn lain dan gerai lain semua bukan Islam.