Thursday, December 23, 2010

Bahana pasang 2!


Bahana pasang 2!

Saleng Maklong Huduh

Man banyak-banyak minta maap Maklong. Man tak dapat kelek Tukuro lagi bulan ni. Ada saja kerja nak buat. Man minta maaf sebab hantar surat email melalui Kak Hawa anak Maklong ni. Harap-harap Kak Hawa bukalah email ni sebab Man tengok Kak Hawa pun rajin juga belek Facebook dia.

Last Man kelek Tukuro masa raya posa dulu. Tupun balik maleng saja. Kelek berhimpun anak Tukuro di perantauan. Majlih berhimpun tu dibuat sebelah Sekolah Datuk Kamaruddin. Datuk Fauzi Pantai Besar bekas Tok Ketua Polis Bukit Aman tu pun datang.

Musim durian luruh baru-baru ni pun Man tak kelek. Lebih-lebih lagi la ni bukan musim durian! Lagi la Man tak kelek!

Man tulis surat email ni sebab Man nak beritahu Maklong Man ingat sungguh-sungguh pesan Maklong masa Man belum kahwin dulu.

Maklong pesan janganlah Man ikut peel Tok Wan yang penah pasang sampai 7! Ikutlah macam Pak yang hanya pasang 1 saja. Insya-Allah Man dengar dan ikut sungguh-sungguh pesanan Maklong tu.

Cuma dalam surat email ni Man nak beritahu Maklong bahana pasang 2!

Maklong pun tahu kan Man pasang 2 dah lama. Dua, tiga bulan nilah Man rasa sangat bahana pasang 2 ni.

Mula-mula bulan 10 dulu Man kena renew road dan insuran 2 keta Man tu. Bulan 11 pula kena renew road dan insuran 2 motor Man.

Hari ni lagi parah bahananya Maklong!

Awai pagi tadi tukar bateri keta kecik Man tu. Lepas tu tukar pula bateri keta besar Man tu. Petang tadi macam tu juga. Bergilir mola-mola tukar tayar keta kecik, lepas tu tukar tayar keta besar.

Rega bateri dah naik! Rega tayar pun dah naik!

Man nak beritahu Maklong rega tayar naik bukan sebab rega getah naik! Rega tayar naik sebab rega minyak naik. La ni Maklong semua tayar buat dah tak guna getah yang dok toreh keliling rumah Maklong tu. Tayar la ni buat dari minyak Maklong! Sebab tu bila rega minyak naik, rega tayarpun naik!

Tak pa lah Maklong. Nak kata apa lagi kalau rega bateri dan tayar naik. Kurang-kurangnya 15 tahun Man kerja kilang tayar dulu sekalipun Man tak pernah beli tayar. Kadang-kadang tu tak sampai setahun Man dapat lagi tayar free. Semenjak 7 tahun dah tak kerja kilang tayar ni selang setahun Man kena beli tayar!

Esok pula nak kena servis 80 ribu km keta kecik di Perodua Kamunting. Isnin ni nak kena servis 80 ribu km keta besar di Proton Edar Juru. 80 ribu km tu servis major Maklong! Bila servis major mau tujuh, lapan ratus 1 keta kena bayar.

Tu baru pasang 2! Man ada juga teringin nak pasang 1 lagi. Kali ni nak ambik yang jenis boleh panjat bukit dan redah sungai. Boleh juga sekali-sekala bawa Maklong panjat bukit Tukuro dan redah Sungai Kuro! Ala macam keta yang selalu Man bawak balik Tukuro masa Man kerja kilang tayar dulu. Maklong kata tu macam keta pickup Ah Leong Cina Pekan yang selalu masuk kampong tembak babi!

Bini Man bagi kalau nak pasang 1 lagi tapi dia tak berkenan jenis yang telanjang belakang. Dia berkenan sungguh kalau Man ambik Harrier ataupun Rexton. Tapi Harrier macam keta businessman dan Rexton pula macam keta wakil rakyat.

Man nak ambil keta Land Rover Defender 110 macam keta askar tu Maklong.

Macamanapun Maklong Man rasa tak mampu lagi nak pasang 1 lagi ni! Jenuh juga nak menjawab kalau Man pergi mengajar mana-mana kursus bawa keta boleh panjat bukit dan redah sungai ni. Mesti anak murid tanya Man pakai keta apa. Aleh-aleh Man jawab tu keta company saja!

Tujuan Man tulis surat email ni bukanlah nak mengadu kat Maklong. Jauh sekali nak pinjam duit Maklong. Setakat nak bela bini sorang dan anak sorang ni tak masalah Maklong. Bulan ni kerja gomen macam Man ni dapatlah RM 500.00 bonus. Lepah juga nak beli barang sekolah anak jantan Man sorang tu. Tupun baju seluar dia tahun lepas tak boleh pakai dah. Buka sekolan ni dia dah jadi pengawas! Baju kena warna biru dan seluar pula slack hitam. Tambah lagi kasut kulit hitam!

Kalau nak kira nak belanja lebih pun “anak jantan Man seorang lagi” yang tak habis-habis dekat 3 tahun dah mengaji PhD tu. Hujung bulan ni kena keluar dekat RM 2,000.00 lagi nak bayar yuran ngaji tu.

Man sebenarnya saja nak bersembang dengan Maklong.

Tu sajalah buat kali ni.

Saleng peluk cium Man untuk Maklong. Bini Man dan anak jantan Man seorang tu kirim saleng kat Mak Long.

Mak pak Man pun kirim saleng kat Maklong. Mak sihat. Pak saja dok lenguh-lenguh orang tua. Mak pesan kalau Maklong datang Tesco Taiping sama Kak Hawa marilah singgah rumah.

Insya-Allah berjumpa kita Maklong.

Lukman

Nota kecik.

Surat email ni tidak ada kena mengena pasai Man tak mau nak kongsi modal dengan Maklong nak masuk share projek Ikan Kelisa Arowana tu. Kalau nak share projek tu sungguh-sungguh Man tak ada duit Maklong.






No comments:

Post a Comment