Cukai Tanah Taiping - peringatan ada tapi ingatan tak ada!
Semalam seperti biasa kalau aku tak bekerja, aku akan settle semua bil-bil yang ada. Biasanya aku prefer bayar bil di Pejabat Pos Tesco Taiping. Kebetulan anak jantan seorang aku itu dan sepupu-sepupunya ke Taiping Sentra menonton Gulliver's Travel, aku yang merangkap pilot mengambil kesempatan membayar bil di Pejabat Pos Tesco Taiping.
Ada 1 bil lagi iaitu Bil Cukai Tanah dan Parit/Tali Air yang hanya boleh dibayar di Pejabat DO.
Pejabat DO Taiping inilah paling jarang dan malas aku pergi. Parkingnya memang terhad dan penjaga parkingnya pula tak user-friendly. Nasib baik ada pintu pagar kecil berhadapan Restoran A Rahman, bolehlah parking di luar pagar pejabat DO.
Selesai masalah parking timbul pula masalah lain!
Terkejut beruk apabila aku menyua bil Cukai Tanah ini di kaunter bayaran.
Bayaran hanya boleh dibuat tahun depan - mulai 2 Januari 2011! Alasannya sistem komputer tak boleh proses pembayaran kerana beza tahun. Mana punya universiti graduate staf IT di pejabat DO ini.
Kalau tengok bil punyalah hebat dengan 3 peringatan atas, bawah dan kiri bil mengingatkan bayaran hendaklah dibuat sebelum 1 Jun dan jika lewat akan didenda. Kalau belek belakang bil lagi hebat, siap amaran (ugutan?) kegagalan menjelaskan bil, tindakan akan diambil yang mengakibatkan perampasan tanah.
Kalau boleh tulis peringatan suruh bayar ini atas, bawah dan kiri bil kenapalah "pengeluar bil" ini tak terfikir langsung dalam benak otaknya nak tambah satu lagi "ingatan" memaklumkan BIL HANYA BOLEH DIBAYAR MULAI 2 JANUARI 2011.
Nasib baiklah aku hanya duduk di Kamunting. Macamana kalau Maklong Huduh atau adik-beradik dia serta orang kampung yang duduk di Tukuro berpuluh batu nun. Sudahlah datang naik teksi berbelas ringgit, sampai-sampai pejabat DO tak boleh pula bayar. Mau nak kena maki hamun.
Harap sangat perkara yang sama tidak berulang lagi di tahun hadapan.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Boleh bayar sebenarnya tapi byk dae tak nak kutip alasannya nak buat akuan berlainan tahun nanti susah... sistem ready nak terima :)
ReplyDeletesistem juga yg disalahkan...
Oh lupa nak tambah sikit... cukai tanah ni terikat dengan Kanun Tanah Negara... cukai mesti dibayar dalam tahun tersebut dan segala hasil kutipan akan masuk ke akaun negeri berbanding dengan MPT dia mempunyai full akses dengan cukai pintu so mudah utk manipulate peraturan..
ReplyDeleteTerima kasih SU atas penjelasan. Kerja kat pej DO ke?
ReplyDeleteKalau kerja di pej DO - nak tanya kenapa tak ada peti aduan di pej DO. Bila tanya kat kaunter depan tepi laluan masuk tu, staff di situ jawab nak buat macam dah macam tu. Tak faham saya mengapa dia jawab begitu.
Oh lupa nak tambah sikit (pinjam balik ayat Su)
ReplyDeleteKenapa tak nyatakan di dalam surat bill itu bahawa bayaran hendaklah dibayar selepas 1hb januari dan tidak boleh dibayar sebelum 1hb Januari.
Kalau peringatan (sampai boleh ranpas tanah) boleh ditulis sampai 3 kali dalam surat itu dan pada banyak papan tanda di sekitar bandar Taiping mengapa tak boleh tulis satu line lagi bila masa nak kena bayar.
Perkara sekecil inipun tak boleh fikirkah?
Saya tak keje kat Pejabat DO...
ReplyDeleteTapi saya tahu Sistem Hasil Tanah tersebut.
Jawapan kepada soalan mengapa tak tulis atas bil kena bayar mulai Januari tahun xxxx sebab sebenarnya boleh bayar. Awak boleh bayar berapa tahun yang awak nak... tak perlu tunggu tahun depan.
Pasal peti cadangan tu, Pej. DO tu patutnya kena sediakan sebab ia dah menjadi wajib bagi setiap jabatan. Namun kalau xde tu xtahulah saya...
Patutnya mentaliti staff tu sungguh tak berkarisma bila menjawap pertanyaan dan komen pengunjung. Masih ditakuk lama. PR hampehhh... P.DO kena memperbaiki mutu penyampaian.
Jawapan saya pada peringatan yg sampai 3 kali itu sebab nak pastikan cukai tanah dibayar sebelum 1 Jun... kalau lepas itu kena denda. Lebih 50% hasil negeri Perak adalah cukai tanah. Tapi ramai yang tak bayar, yg kerap bayar pun cina.
Sekali lagi sebab tak dinyatakan kena bayar lepas 1 Jan tu sebab sistem mmg boleh terima bayaran (tak kira berapa tahun pun). Memang ada sikit masalah dari segi dalaman (perakunan) tapi itu boleh di atasi. Susulan dari komen di blog awak ni saya dah maklumkan pada Unit Hasil Taiping supaya peka dengan kes ini.
Kebetulan semalam saya saja try surf pasal bil cukai tanah dan ternampak komen encik ni. So saya rasa patut kasi komen. Tapi komen encik tu mungkin patut kita lihat dan kaji supaya bil yg dihantar lebih mudah difahami oleh org ramai.
Terima kasih atas komen membina tersebut... ( cehhh mcm kat kaunter lak :) )
Kalau tak jelas leh tanya lagi :)
salam SU
ReplyDeleteterima kasih atas penjelasan
niat saya utk komen membina. harap pej DO dan lain-lain jbt/agensi ambil komen sebagai membina