Tuesday, December 21, 2010

Hari 3 Berlibur di Tianjin-Beijing 11 – 15 Dis 2010












Berlibur di Tianjin-Beijing 11 – 15 Dis 2010 Hari Ketiga

Hari 3, 13 Dis 2010

Setiap pagi sarapan di Hotel Beijing Qinshun Business ini adalah khusus untuk vegetarian. Kami sekeluarga hanya menumpu kepada roti dan telur sekadar pengalas perut.

Setiap pagi sebelum pukul 8.00 am, bas sudah menunggu di hadapan hotel. Turut “menunggu” kami ialah penjaja-penjaja jalanan yang tidak putus asa memujuk kami membeli barangan jajaan mereka. Rupa-rupanya hanya pelancong dari Malaysia yang menjadi sasaran mereka. Pelancong Negara lain terutama Eropah langsung tidak menarik minat mereka.

Itinerary kami pagi ini ialah Olympic Sponsor Jewelry Shop Jade & Crystal Centre dan Stadium Bird Nest. Di perjalanan kami singgah di Hard Rock Café yang lebih dikenali sebagai Hard Rock Coffee di Beijing ini!

Ketibaan kami di Kedai Pemata Penghiasan ini disambut oleh penyelia muda seorang bekas guru Bahasa Inggeris yang baru 4 bulan bekerja. Kemudian kami dilayan oleh Pengurusnya seorang rakyat Malaysia yang berasal dari Cheras yang terus bekerja di Beijing setelah menamatkan pengajiannya di bidang IT di sana.

Kemudian kami ke Pusat Sutera di Beijing Dizhen Silk Products Co. Ltd. Di sini kami diberi dedahan bagaimana sutera terhasil.


































Tengaharinya kami makan di sebuah Restoran Muslim di Liupukang St. Restoran ini padat dengan pelanggan rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama. Manakala di luar restoran menanti ramai penjaja. Di sini kami berpeluang membeli buah Kurma China Mentah.

Setelah makan tengahari kami berhenti solat di Masjid Nui Jie di Ox Street, iaitu masjid tertua di Bandar Beijing yang mempunyai 200 ribu penganut Muslim.

Selepas solat kami ke Traditional Chinese Medicine Center. Di sini kami mengambil kesempatan merendamkan kaki dalam herba khas dan kemudiannya diurut oleh pengurut yang didakwa menjalanan latihan khas di Tibet.

Selepas merenggang kaki kami ke Istana Musim Panas (Yihe Yuan) di Tasek Kunming. Istana ini adalah pilihan maharaja untuk berehat pada musim panas kerana air tasek dikatakan akan menyejukan istana tersebut.

Setibanya kami di sini permukaan air mula membeku malah ada rakyat tempatan yang berani berjalanan di atas permukaan air tasek yang beku ini.

Di sini terdapat replika seekor kerbau yang dikatakan berkuasa mengawal aras banjir tasek ini.

Istana dan persekitaran di sini kerap diabadikan dalam gambar termasuk calendar pemandangan.


















































Kami kemudiannya melawat Pusat Permata Pearl di Freesky Pearls yang terletak bersebelahan Istana Musim Panas ini. Di sini pearl dalam tiram ini dijadikan permata hiasan dan juga krim kulit.

Kunjungan kami seterusnya ialah Pusat Membeli-belah Silk Street yang juga dikenali sebagai Russian Market.

Dalam perjalanan suasana mula gelap walaupun jam baru 5.30 pm. Kami berkesempatan menyaksikan skrin tv terpanjang di Asia di Jianguuo Road, Juanguomenwai Ave. Chaoyang.

Di Silk Street ini barangannya lebih pilihan jika dibandingkan dengan Sunshine Market. Suasana membelinya juga selesa tapi harga mahal sedikit dari Sunshine Market. Gelagat penjualnya juga hampir sama iaitu agak kasar dan suka menarik tangan pelanggan. Di sini menjadi tumpuan pelancong Eropah dan Timur Tengah.































Lawatan kami hari ini berakhir di sebuah Restoran Muslim. Kami tiba sekitar jam 7.45 pm. Setengah jam kemudian restoran mula dikemas untuk ditutup.

Bersambung.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com











No comments:

Post a Comment