Sunday, December 26, 2010

Panduan Berlibur di China


Panduan Berlibur di China

Sebelum ini saya telah membuat posting Panduan berlibur ke Bandung pada bulan Jun 2009. Untuk ke China ini saya ingin membuat beberapa penambahbaikan.

Saya sudah beberapa kali ke China iaitu ke Utara China (sebenarnya Barat Laut/North-West China) dan Selatan China (Kunming dan Dali) dalam siri-siri rally dan 4x4 overland expedition semenjak awal 90an. Bagaimanapun ini adalah kali pertama saya ke Beijing. Anggaplah Panduan Berlibur di China sebagai penambahbaikan terutama kepada mereka yang tidak pernah mengunjunginya.

1. Memilih Travel Agent

Jika ingin pergi melalui package, pilihlah Travel Agent yang sudah terbukti kemampuan mereka. Untuk Package Tianjin-Beijing ini saya sekeluarga telah mendaftar (dengan bayaran deposit seorang RM 200.00) pada seawal bulan September 2010 dengan tarikh asal pada minggu pertama cuti persekolah pertengahan November 2010. Travel Agent ini (bukan Uniutama Travel & Tour) juga meminta kami menjelaskan bayaran package sepenuhnya pada awal bulan Oktober 2010. Travel Agent ini dipilih oleh unit pengurusan aktiviti di jabatan tempat saya bekerja.

Malangnya beberapa hari sebelum hari bertolak, saya dihubungi oleh unit pengurusan aktiviti di tempat saya bekerja dan dimaklumkan tarikh penerbangan ditunda. Saya dimaklumkan Travel Agent yang dimiliki oleh seorang bergelar “Pak Haji” berpejabatkan di Alor Setar ini tidak menempah tiket selepas kami telah membuat bayaran package sepenuhnya.

Kami diberi tarikh baru pada awal bulan Disember. Seminggu sebelum tarikh baru ini, saya dihubungi terus oleh wakil Travel Agent ini memaklumkan ditangguhkan lagi sehari!

Menjelang dua hari (2 hari) tarikh baru tersebut, saya menghubungi unit pengurusan aktiviti di tempat saya bekerja dan dimaklumkan bahawa package ini dibatalkan!

Saya sungguh merasa kesal kerana Travel Agent ini boleh membatalkan package ini dan langsung tidak menghubungi saya memaklumkan pembatalan.

Menyumpah seranah kami tiga beranak lebih-lebih lagi semua persiapan seperti membeli pakaian sejuk telah dibuat. Malah kami juga telah menukar matawang Yuan!

Lagi menambah kemarahan saya apabila passport yang dipulangkan sudah hilang pembalut luarnya! Jika merujuk posting Panduan Berlibur Ke Bandung, sudah pasti boleh melihat mengapa saya sangat terkilan jika pembalut luar passport ini hilang. Kesemua pembalut luar passport saya, isteri dan anak lengkap bertanda nama dan no. telefon. Ini akan memudahkannya dicam jika bercampur dengan passport peserta-peserta rombongan yang lain.

Menambah lagi sumpah seranah saya kepada “Pak Haji” ini apabila sehari sebelum bertolak saya dimaklumkan passport isteri saya masih berada dalam simpanan “syarikat Pak Haji” ini! Mujurlah ada yang tolong pergi mengambilnya!

Harap-harap unit pengurusan aktiviti di jabatan saya sudah serik untuk berurusan dengan Travel Agent syarikat “Pak Haji” ini.





2. Bayaran Package

Semak dengan teliti bayaran-bayaran yang diliputi oleh package. Sebagai contoh Agent Uniutama Travel & Tour) memaklumkan bayaran package meliputi tiket penerbangan, hotel, makan (B/L/D seperti dinyatakan), pengangkutan di Beijing/Tianjing, bayaran masuk semua tempat-tempat menikuti itinerary dan juga bayaran pemandu pelancong).

Sedikit terkilan apabila Pemandu Pelancong kami meminta RM 40.00 seorang untuk bayaran Pemandu Pelancong. Saya sudah meminta Uniutama Travel & Tour membuat penjelasan tetapi sehingga posting ini dibuat pihak Uniutama Travel & Tour masih belum memberi jawapan.

3. Persiapan Asas Passport, Beg Pakaian, Beg Galas Harian, Label Beg, dan lain-lain.

Boleh rujuk Panduan Berlibur Ke Bandung. Untuk kali ini Tag atau Label Beg saya lengkapkan dengan nama dan nombor HP kami 3 beranak, nombor penerbangan pergi/balilk dan ETD/ETA, nama hotel di China (malangnya alamat tidak diperolehi!) dan juga no HP Pemandu Pelancong.

Jangan lupa buat rooming liputan telefon bimbit. Terima kasih kepada DiGi kerana sms nombor telefon kedutaan Malaysia di Beijing. Maklumkan juga permergian anda kepada bank pengeluar kad kredit.

4. Kadar Matawang

Elakkan dari menukar matawang di airport, hotel ataupun dari Pemandu Pelancong kecuali mereka ini mengikut kadar semasa.

Biasakan mengecam matawang China ini. Cuba dapatkan nilai matawang kecil. Elakkan menggunakan matawang besar (seperti 100 Yuan) jika hendak membeli barangan kecil sebagai contoh yang berharga sekitar 5 Yuan. Di China terdapat banyak wang palsu dan peniaga juga ada cuba “melengahkan” memberi bayaran baki terutama jika pembeli kesuntukan masa.

Walaupun kadar matawang China mudah dikira iaitu sekali ganda matawang Malaysia, saya mengeluarkan booklet khas cara-cara mengenal dan mengira kadar matawang China ini.





5. Itinerary Perjalanan

Booklet khas yang saya buat juga lengkap dengan itinerary (seperti yang diberi oleh Uniutama Travel & Tour) dan perkataan-perkataan asas China. Sebenarnya di setiap rally dan 4x4 overland expedition sebelum ini saya bertanggungjawab membuat booklet khas ini yang lengkap dengan nombor-nombor telefon urusetia, hotel, kedutaan dan sebagainya.

Dengan itinerary lengkap, dan bantuan search engine di internet, peserta boleh mencari maklumat mengenai bakal tempat-tempat yang akan dilawat.

Agent Uniutama Travel & Tour ada mengedarkan itinerary kepada semua peserta tetapi itinerary ini boleh ditambahbaikan lagi seperti;

i. Nama hotel yang bakal didiami perlu lengkap dengan alamat dan nombor telefon.
ii. Nama-nama tempat yang bakal dilawati perlu lengkap lengkap dengan nama penuh dan alamat sebagai contoh Lawatan ke Pertunjukan Akrobatik Beijing sepatutnya ditulis Pertunjukan Akrobatik Legend of Jin Sha Acrobatic Show di Beijing Worker’s Club. Ada banyak tempat pertunjukan akrobatik di Beijing yang tidak kurang terkenalnya seperti Chaoyang, Tiandi dan lain-lain. Memang Pemandu Pelancong ada menyebut nama pertunjukan akrobatik yang dikunjungi tetapi dalam sebutan China.
iii. Begitu juga dengan nama dan alamat Restoran Muslim yang dikunjungi.

Pemandu Pelancong kami (Vivian) yang petah berbahasa Indonesia ini memang tidak dinafikan arif mengenai sejarah China dan juga maklumat-maklumat berberkaitan tempat-tempat yang kami kunjungi. Bagaimanapun beliau kurang memberi maklumat seperti keunikan atau kepopularan jenis-jenis makanan di Beijing.

Terkilan juga kami tidak berpeluang merasa Menu Popular Beijing Peking Duck di mana-mana Restoran Muslim.

6. Penggunaan Bilik Air (tandas)

Sentiasa manafatkan kemudahan bilik air atau tandas di hotel dan lapangan terbang. Hampir semua bilik air dan tandas di China termasuklah di tempat-tempat prestij, restoran malah masjid sendiri terlalu kotor! Kalau di restoran, eloklah menggunakan tandas selepas selesai makan! Takut-takut terus hilang selera untuk menjamah makanan!

Seeloknya bawa air mineral sendiri ketika berhasrat untuk menggunakan bilik air atau tanda. Bawa juga kertas tisu sendiri!

7. Jaga kesihatan dan keselamatan diri serta harta-benda.

Ada pepatah di China mengatakan; beg di hadapan (disilang di hadapan) adalah kepunyaan pemiliknya tetapi beg di belakang adalah kepunyaan orang lain.

Sentiasa berhati-hati terutama di tempat membeli-belah yang sesak dengan pengunjung.

Sentiasa membeli-belah dengan berkumpulan. Sikap penjaja di sana kadang-kadang menakutkan pembeli terutama jika tawar-menawar tiada kesudahan.

8. Kamera Digital

Semasa saya dalam rally dan 4x4 overland expedition dahulu, masalah negatif filem yang kehabisan sentiasa terjadi kepada saya. Dengan penggunaan Kamera Digital dan kad-kad memory yang bersaiz besar, masalah ini sudah lenyap.

Untuk perjalanan kali ini kami membawa 1 DSLR Camera dan 2 Compact Camera serta kesemua kamera ini mempunyai battery spares. Kad-kad memory pula semuanya bersaiz 4GB dan 2GB! Pastikan juga kesemua barangan ini sentiasa dengan anda!

Malangnya semasa memasuki Kota Larangan, DSLR Camera saya kehabisan bateri. Battery spare dan 2 Compact Camera saya pula tertinggal dalam beg di atas bas! Mujurlah ada telefon bimbit untuk merakam gambar kenangan di dalam Kota Larangan ini.

Untuk perjalanan kali ini, kami mengambill gambar sejumlah 1, 561 shoots dengan kapasiti satu gambar bersaiz 600KB.

Itu saja buat kali ini. Tidak lupa ucapan terima kasih kepada Uniutama Travel & Tour yang merealisasikan impian kami 17 orang peserta memijak kami ke Beijing/Tianjin walaupun kami hanya berurusan kurang dari seminggu dengan mereka. Sebarang komen dalam posting ini adalah bertujuan untuk penambahbaikan.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

6 comments:

  1. psal toilet tu aku mmg setuju . aku biasa pi shenzen,shanghai and beijing .semua toilet dia fail . tapi baru2 ni aku pegi taiwan dan toilet dia bersih gile walaupun public toilet. taiwan n china berasal dari bangsa yg sama tapi benar2 berbeza dari segi mentaliti . kesimpulannya bangsa bukanlah suatu ukuran ........ think about it bro

    ReplyDelete
  2. Setuju benar Xplorer.

    Toilet di Restoran Muslim bersebelahan Beijing Cloisonne Factory (toilet pula sebelah surau) amatlah bersih.

    Tapi toilet di kedua-dua masjid yang dikunjungi "tak lalu" nak masuk.

    ReplyDelete
  3. Xplorer

    Kalau di Utara China lagi "hebat" - tandas tidak berpintu dan takung kencing macam tempat pasu bunga - panjang ala koridor :-)

    ReplyDelete
  4. aku pun ada pengalaman psal toilet tak berkunci tu . aku pernah gi toilet kat china utk buang air besar . pintu toilet cuma paras pinggang . dekat luar penuh org beratur , so dlm tgh dok beratur tu boleh tgk muka ekspresi muka sorang2 tgh melepas.nak tak nak terpaksa aku pun beratur jugak sebab perut dah sakit .nasib baik bila tiba turn aku perut dah reda sikit dan terus cancel buang air . mungkin sebab masa dok beratur dok tgk muka sorang2 mcm kena sembelit tu sakit perut aku terus baik . kalau tak malu gile aku nak melepas sambil org tgk , kah kah kah .

    ReplyDelete
  5. Ha, ha

    aku pun kena mcm tu.

    lepas tu apa kami buat - pergi jamban bawa payung :-)

    bila nak melepas buka payung tu tutup part bawah :-)

    ReplyDelete
  6. Salam. Bagaimana saya boleh dpatkan booklets tersebut?

    email saya : are_lyn79@yahoo.com

    ReplyDelete