Monday, January 10, 2011

Durian Belanda @ Soursop Gerai Batu 10, Trong


Durian Belanda @ Soursop Gerai Bt. 10, Trong

Buah Durian Belanda yang dibeli di Gerai Batu 10, Trong pada Rabu lepas (5 Jan 2010) yang diperam atas sinki dapur rumah mula berbau wangi pagi tadi.

Pisau yang membelah buah berpercikkan jus (juice) membasahi kertas akhbar yang dijadikan pembalut semasa memeram buah ini.

Betul-betul juicy buah Durian Belanda yang telah ranum ini.

Rasanya? Memang saling tak tumpah dengan buah Durian Belanda yang sering aku cicip semasa kecil dulu.

Sebiji lagi nak suruh orang rumah seorang aku itu buat jus minum petang ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/







2 comments:

  1. hishhh...kecur tengok.. lama dah x makan..

    ReplyDelete
  2. Ha, ha

    Saya pun dah lama tak makan buah ini.

    Dulu masa kecik-kecik, buah ini buat main baling-baling saja. Skrg harga dah macam emas :-)

    ReplyDelete