Pelajaran Adik Bibi Sudah Meningkat
Pagi tadi saya dan Wahab, dari Biro Amal Warga Kilang ke Sungai Baru, Selinsing. Kami singgah di rumah Puan Ramziah (ibu Muhammad Nabil) untuk bertanyakan khabar Nabil yang berangkat ke Terengganu pada Jumaat malam lalu.
Kemudian kami ke rumah adik Bibi Akhiratul Azzua yang kini sudah melangkah persekolahan Tahun 2.
Sebelum ini kami agak terkilan mendengar perkhabaran sms dari Ustaz Mohd Azahar bahawa abang Bibi, 15 tahun enggan ke sekolah, kedatangan kami hari ini disambut dengan berita gembira oleh isteri Ustaz Mohd Azahar memaklumkan adik Bibi sudah boleh membaca. Malah untuk persekolahan Tahun 1 tahun lepas, adik Bibi meraih anugerah Pelajar Potensi dengan pergerakan ke kelas lebih pandai.
Sejuk hati kami mendengar perkembangan pelajaran adik Bibi ini.
Semasa kami tiba di pondok usang ini juga, kakak Bibi sedang membantu Bibi melancarkan pembacaan sebuah buku cerita. Ayahnya pula sedang mengambil upah menyiapkan sebuah padang permainan berdekatan.
Manakala abangnya bergegas keluar meninggalkan kami.
Menurut ayah Bibi, beliau sudah puas menasihatkan abang Bibi agar menyambung pelajaran.
Harapan kami agar ayah Bibi berterusan menasihat abang Bibi demi masa depannya.
Kunjungan kami berakhir dengan sedikit sumbangan persekolahan dan belanja harian keluarga adik Bibi dari Dana Warga Kilang dan kutipan Warga Kilang untuk keluarga Bibi.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
ayah saya pernah ada prob anak sedara tak nak sekolah. Anak yatim 5 beradik, taknak sekolah sebab nak ikut ke laut (jadi nelayan). Alhamdulilah,lepas nasihat semua baru nak masuk sekolah.
ReplyDeleteKemiskinan memaksa budak tak pergi sekolah, tapi ilmu saja yg blh bawa kita keluar dari kemiskinan.
Salam An15 - itulah yg cuba kami Warga Kilang semaikan kpd abg Bibi.
ReplyDeleteSayu mendengarkan ayah Bibi bercerita mengenai anak sulongnya menjawab - tak sekolahpun boleh hidup mcm ayah dan org lain.
Insya-Allah kami akan berusaha memujuk abg Bibi utk bersekolah.
Persekitaran (adik beradik dan jiran) juga perlu membantu. Tidak semestinya wang ringgit, sokongan moral dan doa juga boleh disumbang.