Revisit - Gerai Durian Belanda Batu 10 Trong
(Seboleh-bolehnya saya enggan memperkenalkan diri sebagai blogger blog OKOB ini kepada mana-mana pemilik kedai atau gerai makan yang pernah saya promosikan. Saya pernah menerima email dari seseorang yang memperkenalkan dirinya sebagai anak saudara pemilik kedai makan Bawal Goreng di Juru, dan meminta saya memperkenalkan diri jika berkunjung semula ke kedai makan Bawal Goreng tersebut kerana pemiliknya hendak belanja saya makan susulan tersiarnya cerita kedai makan Bawal Goreng itu di dalam blog OKOB ini. Bagaimanapun saya tidak pernah mengambil kesempatan dengan memperkenalkan diri saya walaupun acap kali kemudiannya saya ke kedai Bawal Goreng ini sehingga kini.)
Tengahari tadi dalam perjalanan ke Ipoh (saya dijemput memberi taklimat kepada pegawai Jabatan Alam Sekitar di pejabat mereka di Bangunan Seri Kinta, Ipoh), saya singgah di Gerai Buah-buahan di Batu 10, Trong ini untuk membeli beberapa biji buah Durian Belanda untuk "sifu motorsport" saya di Ipoh yang sudah "makan tahun" memesan saya untuk membelinya.
Penjual buah ini mengecam saya (kerana minggu lepas saya mengambil gambar) dan dia juga dimaklumkan mengenai cerita gerainya disiarkan dalam blog OKOB ini oleh menantunya yang bekerja di kilang tayar di Kamunting.
Penjual ini ini juga dengan girang memaklumkan kepada saya dalam minggu ini ramai yang singgah di gerainya semata-mata untuk membeli buah Durian Belanda. Ada di antara mereka ini memaklumkan mendapat maklumat dari blog OKOB ini.
Hari ini saya membeli buah Durian Belanda seberat 3 kilo dengan harga yang sangat
Pada masa yang sama saya terserempak seorang ibu yang membawa dua orang kecil yang membeli sebiji durian (D24) dan terus memakannya bersama-sama anaknya di gerai ini. Mungkin buah baru "buang buruk" harga Durian D24 ini ialah RM 12 sekilo.
Ada berbaki lagi 2 biji.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar,blogspot.com/
Salam Rashid
ReplyDeletePak mertua hang yg jual buah ni beritahu aku hang kerja kilang Silvertone. Dah lama hang kerja situ? Aku pun mantan Silverstone juga (1989 - 2003).
Kamunting hang dok kat mana?
Salam Lukman,
ReplyDeleteTak kan dah lupa kut..Aku pun dah lama kat silverstone..dari 1992 lagi..
Dulu pergi UKM satu kereta..
Sekarang ni tak pergi sarawak lagi?
La hang ka Rashid.
ReplyDeleteIngatkan org rumah hang orang Air Putih.
aku org air puteh
ReplyDeleteorg rumah aku org Trong
Terima kasih atas makluman Tn Mgr.
ReplyDeleteLain kali kalau nak beli lagi Durian Belanda ini boleh minta diskaun kut?
Baru sabtu minggu lepas beli cempedak kat gerai pakcik ni..kena peram 4 hari baru cempedak masak tapi berbaloi sebab isi tebal, ulas pun banyak..mmg sedapla bila buat cempedak goreng
ReplyDeleteSalam Hilmy
ReplyDeleteMmg Bauah Cempedak dan Durian Belanda yg dibeli di gerai Bt 10 Trong ini kena peram dulu. Buah Durian Belanda yg saya beli tu pun diperam hampir 5 , 6 hari (pakcik tu pesan 4 hari!) - baru sedap dan puas makan.
Salam Lukman,
ReplyDeleteDiskaun tu tak tau la pulak.. org lama beniaga, depa memang tau appreciate budi org.
Buah durian belanda sekarang ni mmg susah nak dapat..pak mertua aku pun selalu tak dak supply
macamana nak ke sini?
ReplyDelete