Thursday, January 20, 2011

Side Walk Cafe Food Junction di Laybay Lebuh Raya Sungai Bakap Sebelah Utara


Side Walk Cafe Food Junction di Laybay Lebuh Raya Sungai Bakap Sebelah Utara

Walaupun saya kerap memberi teguran atau pandangan membina, saya mengakui malah memuji tindakan PLUS mengeluarkan jadual perjalanan kepada pengguna di musim perayaan. Tindakan ini berkesan mengurangkan kesesakan melampau dalam perjalanan di musim perayaan.

Saya malah pengguna lebuh raya juga berterima kasih terhadap usaha PLUS menaiktaraf beberapa perhentian tepi (laybay) sepanjang lebuhraya.

Bulan lepas semasa berulang-alik Taiping ke UUM, saya terpandangkan sebuah gerai berhadapan bilik air di Perhentian Tepi Sungai Bakap Sebelah Utara ini. Awal bulan ini saya melalui lagi perhentian tepi ini sekitar jam 4 pagi dan mendapati gerai ini masih terang berderang dengan beberapa pelanggan di dalamnya.

Pagi Selasa lepas seawal 6.30 pagi saya melalui perhentian tepi ini sekali tetapi terlepas untuk berhenti. Pagi tadi pada jam 7.00 pagi saya pastikan saya singgah di sini.

Agak menarik susunaturnya. Memandangkan jika saya berperjalanan awal pagi saya dibekalkan air minuman oleh isteri, saya hanya meninjau dan mengambil gambar. Saya berpeluang berbual dengan pekerja di gerai ini. Kata mereka sewa agak tinggi tapi berbaloi juga pendapatannya kerana banyak lori dan bas suka berhenti di sini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/





No comments:

Post a Comment