Pelapis pendokong kerja amal
Sekerap yang boleh, aku memang ingin anak jantan seorang aku menyertai setiap program kerja amal yang disertai, tidak kiralah sama ada melalui Warga Kilang ataupun pertubuhan lain maupun secara individual.
Sabtu lepas semasa hendak bertolak dari KHTP ke Sik, seorang kenalan baru meminta menumpangkan anak lelakinya dan rakan sebayanya untuk program Sehari di Sekolah Pondok ini. Beliau yang kerap juga mengikuti program Warga Kilang sebelum ini tidak dapat bersama kami kali ini.
Amat membanggakan lagi apabila aku mendapat tahu dua orang remaja yang sedang menunggu keputusan SPM ini baru sahaja kembali dari Kemboja pada bulan Januari 2011 lalu untuk satu program keluarga angkat dan kerja amal di sana.
Semoga ini mereka ini termasuk anak jantan seorang aku itu akan menjadi pelapis pendokong kerja amal di masa mendatang.
Pada masa yang sama keletah seorang anak kecil dengan bantalnya menarik perhatian semua peserta yang hadir terutama pelajar-pelajar perempuan UUM. Anak kecil ini mengikuti ayah (dari Dell Penang) dan ibunya bersama –sama membawa sumbangan dan juga menyertai gotong-royong.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com
sorang dari budak lelaki tu anak kepada bekas manager saya di intel, nazarudin bujang.....
ReplyDeleteyg si adik kecil tu, anak kepada sahabat baik saya semasa belajar di salford dulu, (senior mohar)...dah 8 tahun tak berjumpa, atas kerja amal wargakilang, bertemu kembali.....
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam Aznee
ReplyDeleteTerima kasih tas penjelasan.
Bangga kita Warga Kilang sudah ada pelapis.
Tumpang bangga ramai warga Salford mcm kau, bapa sekecil ini dan juga kawan aku Mohar aktif dlm kerja-kerja amal ini.