Roti Canai 50 sen di KB!
Ingat aku salah dengar. Tiga keping Roti Canai bungkus Kuah Dal harganya RM 1.50. Ini bermakna sekeping hanya 50 sen!
Malam tadi setelah tersesat sekali di perkarangan stadium yang sesak dengan kenderaan (ada perlawanan antara Kelantan dan Felda), aku tersesat kali kedua ke dalam kawasan hospital. Hajat hendak beli Nasi Kukus Zaeman tetapi akhirnya aku singgah di sebuah warung berhampiran yang di dalamnya kelihatan ramai pelanggan.
Dari luar terbentang pelbagai menu masakan Thai tetapi di dalamnya hanya ada peniaga Pakistan menjual Roti Tempayan dan Roti Canai.
Aku minta bungkus tiga keping Roti Canai dan Kuah Dal. Terkejut apabila hendak membayarnya apabila peniaga menyebut RM 1.50! Saiz sekepingnya lagi besar harga sekeping Roti Canai yang kadang kala mencecah 70 sen dan 80 sen.
Di mana lokasi warung? Aku sendiri tak pasti!
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Kuah Dal nya tidak begitu mengancam. Mgkn silap tak minta campur dgn sambal.
ReplyDeleteNasib baik ada balance Serunding Daging dari Kijal.