Syabas lagi Perodua Kamunting
Minggu lepas sekali lagi saya ke Pusat Jualan dan Servis Perodua Kamunting untuk servis berkala Myvi saya yang hampir mencecah 70,000 km. Bayangkan setiap bulan saya merekodkan perjalanan di antara 5,000 - 6,000 km. Mujur saya bergilir menggunakan Pesona dan MyVi, jika tidak setiap bulan saya terpaksa menghantar kereta saya untuk diservis!
Kunjungan sebelum ini Peti Aiskrim masih lagi kosong. Kunjungan kali ini sudah berisi. Pada masa yang sama kudapan yang lain turut tersedia.
Sekurang-kurangnya pelanggan yang membawa anak kecil tidak merasa bosan apabila menunggu kenderaan mereka diservis.
Malah orang dewasa juga boleh tumpang sama!
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Posting berkenaan sebelum ini.
Kalau bahan bacaan, diaorang letak apa pulak bang?
ReplyDeleteKalau ada tempat servis letak buku macam ni kan bagus, sampai nak kena beli sendiri la.. heheh
http://www.speedrider.org/2011/03/review-the-colours-of-cub-prix.html
Mus
ReplyDeletePerodua Kamunting ni ada 3 kategori bahan bacaan.
1. Sudah tentu majalah kereta. Pelbagai jenis, paling banyak Kompak Car.
2. Majalah keluarga dan wanita
3. Surat khabar juga 2, 3 jenis seperti Berita Harian, Star, China dll.
Mmg aku salute kat Perodua Kamunting ni. Duduk berjam tunggu kereta sevis berbaloi dengan santapan perut dan minda.
Lukman
Perodua servis memang BAGUS!! Tabik spring!! Servis cas pun OK, kalau barang tak rosak / masih elok mereka takkan simply tukar sesuka-suka hati. Sampai dah 130,000 km still regular servis kat situ. Bukan mcm Proton / EON, memang CEKIK DARAH!! Tiap2 kali servis ade aje item2 mengarut disuruh tukar (Additive, treatment, top plus etc.) sampai RM300-400!! Servis pun teruk, slow tahap gaban!! Iswara lama sy tu servis EON 3 kali aje, lepas habis warranty sayonara ler...
ReplyDelete