Monday, May 02, 2011

Bekerja sambil berlibur dengan keluarga


Bekerja sambil berlibur dengan keluarga

Berbelah bagi untuk menjayakan JJMK WK Hari Pekerja semalam 1 Mei 2011, jadual sebenar aku mengajar di KL, bagaimanapun di saat terakhir aku dijadualkan mengajar di Langkawi pada 2 Mei 2011 dengan kelas bermula jam 8.30 pagi. Maknanya untuk mengejar feri terakhir 7 malam di Jeti Kuala Perlis pada 1 Mei 2011, aku kena bertolak dari Taiping selewatnya 4 petang.

Alhamdulillah bukan sahaja program berakhir sebelum pukul 1 petang, aku berjaya mendapatkan tiket tambang murah Firefly dari Pulau Pinang ke Langkawi jam 7 malam. Ini bermakna aku tidak perlu bertolak terlalu awal dari Taiping.

Selain dari mengajar, aku mengambil peluang berlibur dengan keluarga. Malah tercapai juga hasrat anak jantan seorang aku itu untuk meminta aku mengajarnya membawa motosikal berklac manual.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/








No comments:

Post a Comment