Guru kepada anak sendiri
Ramai yang berkata seorang guru boleh mengajar ribuan anak murid tetapi tidak boleh mengajar anaknya sendiri. Mungkin disebabkan itu aku tidak menghantar anak jantan seorang aku itu bertabika di sekolah tabika yang diajar oleh orang rumah seorang aku itu.
Aku juga kini seorang “guru” dengan lebih tepat guru kelas dewasa! Alhamdulillah aku masih juga boleh mengajar anak jantan seorang aku itu terutama berkaitan dengan kenderaan dan enjin.
Aku tidak mahu berulangnya episod hitam bagaimana semasa remaja, aku belajar secara curi-curi menunggang motosikal dan juga memandu kereta. Mungkin ketika itu orang tua aku tidak mampu memiliki kenderaan berenjin ini. Banyak kesilapan dan kesalahan yang timbul akibat pengajaran tidak sepatutnya ini.
Alhamdulillah, semenjak berusia empat, lima tahun aku mula membawa anak jantan seorang itu mencuba Go Kart. Seterusnya aku mengajarnya membawa motosikal, dari gear automatik hinggalah gear manual. Tahun ini aku mengajarnya membawa motosikal menggunakan manual clutch.
Di samping itu aku turut mengajarnya asas-asas enjin 2-stroke, 4-stroke, rotary, serta petrol/diesel combustion. Malah juga serba sedikit asas-asas penyenggaraan dan perbaikan minor breakdown.
Sekarang ini walaupun berat hati, aku sudah mengizinkannya keluar “ride” bersama-sama rakannya. Selain dari kelengkapan keselamatan, aku pastikan juga anak jantan seorang aku itu membawa Ring Spanner No. 15 untuk front/rear axle nut dan Box Spanner No. 14 untuk paddle nut serta tyre crow bar, tube spare dan pam angin.
Sekurang-kurangnya anak jantan seorang aku itu tidak bergurukan dari guru yang salah ajaran!
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Ride Motor dah bagi lesen?
ReplyDeleteMotor sorry! kena tunggu ada lesen.
ReplyDelete