Thursday, December 01, 2011

Tin Tin


Tin Tin

Malam tadi aku dan anak jantan aku seorang itu menonton filem animasi 3D The Adventures of Tintin: The Secret of the Unicorn, di Taiping Sentral.

Karektor Tin Tin, wartawan muda Belgian (lukisan Georges Remi atau lebih dikenali sebagai Herge) ini adalah hero kegemaran aku semenjak bersekolah rendah lagi (70an). Kegemaran ini kemudiannya dikongsi dengan anak jantan aku seorang itu dan kini hampir kesemua siri naskah komik ini ada dalam koleksi kami.

Filem animasi The Adventures of Tintin: The Secret of the Unicorn ini adalah gabungan dari tiga buah komik Tin Tin iaitu; The Crab with the Golden Claws (1941), The Secret of the Unicorn (1943), dan Red Rackham's Treasure (1944).

Sudah tentu filem arahan Steven Spielberg ini berbaloi untuk ditonton. Aksi-aksi Tin Tin terutama semasa bermotosikal begitu mendebarkan. Ada ala-ala Indiana Jones yang juga diarah oleh Spielberg.

Paling menarik ialah grafik animasi filem ini sendiri. Grafiknya seolah-olah manusia sebenar dengan pemandangan latar belakang yang tidak kurang hebatnya.

Cuma yang sedikit mengecewakan ialah cermin mata 3D yang dibekalkan tidak begitu selesa digunakan. Mungkin juga disebabkan kami berdua berkaca mata.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

2 comments:

  1. sesuai ditonton oleh mereka yang tak pernah ikut siri komik ni tak?

    ReplyDelete
  2. kalau tak pernah baca komik lagi best tonton filem ni

    ReplyDelete