Kedai Makanan/Minuman Silaturahim Teluk Batik
Tahun lepas rasanya lima kali aku ada tugasan di Lumut. Seperti biasanya makan pagi dan tengahari aku menjamu selera di hotel yang disediakan untuk aku. Hanya di malam hari ada sahaja kenalan yang mengajak aku menjamu selera di luar terutamanya di Manjung.
Terlepaslah aku untuk menjamu selera makan tengahari di Kedai Makanan/Minuman Silaturahim Teluk Batik ini. Kedai yang berhampiran persimpangan ke Teluk Batik ini penah aku kunjungi sebelum tahun 2010. Menu ala kampong dengan ulaman, ikan bakar dan makanan lautnya begitu menyelerakan. Pelanggannya ketika itu terpaksa menunggu meja kosong.
Minggu lepas dalam perjalanan ke tempat penginapan di Hotel Best Western Marina Island Resort, aku singgap sebentar di kedai ini. Jam ketika itu sudah menghampiri 5 petang, kelihatan ada beberapa pekerja yang sedang mengemaskan meja kerusi.
Tidak pasti bila aku berpeluang lagi menjamu selera makan tengahari di sini. Adakah keenakan menunya masih sama seperti dulu.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Rasanya pernah ke sini waktu berkonvoi zaman student dulu.
ReplyDeleteBaguslah restoran silaturrahim mengeratkan silaturrahim. Kalau restoran insaf terus insaf tak nak masuk sebab mahal harganya he he
ReplyDeleteAssalam Faizal & Mkriza
ReplyDeleteSaya dimaklumkan Kedai Silaturahim semakin berkembang bisnes baru iaitu homestay. Ada 4 pintu di belakang Restoran Briyani (cawangan) berhampiran simpang Teluk Batik ini - bersebelahan Seven Eleven.