Pulau Jerjak & Briyani Peha Kambing Puncak Mutiara
Bulan lepas selama 2 hari aku berulang-alik menaiki bot ke Pulau Jerjak. Hari pertama naik bot berhawa dingin, hari kedua naik bot (ala feri) berhawa semula jadi. Mulanya aku ingat naik di jeti berhampiran Queens Bay itu tetapi rupa-rupa jeti di situ menghala ke resort. Assignment aku ke Penang Shipyard yang mana jetinya di Batu Maung.
Dari Queens Bay berenangpun boleh kalau hendak ke Pulau Jerjak ini. Kalau dari Batu Maung, bot akan berpusing meredah laut melalui bawah projek pembinaan jambatan kedua yang sedang dibina sebelum sampai ke jeti Pulau Jerjak.
Selepas habis assignment hari kedua dan terakhr aku terperangkap hampir 2 jam di dalam kesesakan lalulintas dari Batu Maung dan Jambatan Pulau Pinang. Rupa-rupanya begitulah keadaan setiap petang Jumaat. Hujan pula menambahkan kesesakan lagi.
Malamnya aku ke Kampung Pelek bersama orang rumah aku seorang itu dan anak jantan aku seorang itu. Memang sudah lama aku ingin mencuba menu di Restoran Puncak Mutiara di Kampung Pelek, Bukit Mertajam ini. Ada pelbagai menu dari kambing, ayam kampung, burung unta, rusa, dan sebagainya. Terdapat juga menu barat dan ala Thai di sini.
Apapun (pada pandangan peribadi aku) menu yang kami cuba biasa-biasanya. Mungkin aku sudah hilang semangat makan-makan dek cerita Man vs. Food.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Seronoknya sambil kerja sambil makan angin sambil makan-makan.
ReplyDeleteCik Lukman kerja apa? Ada kerja kosong atau nak pakai pembantu tak? Tolong bawa beg pu ok juga :-)
Assalam
ReplyDeleteSambil menyelam gosok-gosoklah daki yang ada.
Beryani Kampung Pelet tu terlalu ramai sangat orang komplen dah. Dah tak sama macam saya pi mula-mula dulu.. lauk sejuk, salah order, lambat.. macam-macam cerita lah...
ReplyDeleteMuas
ReplyDeleteBaca posting hang lah sbb kami pi sana. Memang betui - order sampai silap dan lepas tu pasai apa set yg sampai eg. Nasi Goreng) sejuk mcm dah masak awai-awai kemudian ceduk bila org order