Jeti ke 2 Lumut-Pangkor
Ramai yang tidak tahu kini terdapat jeti kedua untuk ke Pangkor dari Lumut. Jeti ini terletak di Komplek Jeti Marina Island Resort iaitu sebuah pulau buatan manusia yang terletak bersebelahan Teluk Batik.
Gambar di atas menunjukkan jeti yang terletak di sebelah kanan gambar. Manakala pulau yang kelihatan ialah Pulau Pangkor. Perjalanan dari jeti ini ke Pulau Pangkor kurang dari 10 minit manakala dari jeti Lumut akan mengambil masa sekitar 45 minit.
Gambar diambil dari balkoni Hotel Best Western Marina Island Resort yang saya menginap minggu lepas.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
bestwestern mmg best.dok sana cuti skolah hujung thn lps
ReplyDeleteCuti sekolah? harga naik RM 100 lagi. Kalau hari biasa RM 178 akan jadi RM 278 pada cuti sekolah.
ReplyDelete