Friday, August 10, 2012

Restoran Syeikh Huang-ti Taiping



Restoran Syeikh Huang-ti Taiping

Awal tahun ini saya terbaca beberapa catatan di internet mengenai Restoran Syeikh Huang-ti yang terletak di Jalan Tupai, Taiping sebaris dengan bangunan Bank Islam. Melalui satu link saya melawat blog pemilik restoran ini. Terkejut saya bila mendapati pemilik restoran ini adalah rakan superbiker saya semasa pertengahan 80an dahulu. Semasa itu beliau adalah pengarang majalah Sensasi manakala saya di Roda-Roda. Terus terang saya katakan, kami di Roda-Roda ketika itu “mengkagumi” majalah Sensasi kerana kualiti rekabentuknya, jenis kertas dan jumlah helaian berwarnanya jauh lebih baik dari Roda-Roda. Ini disebabkan majalah Sensasi dinaungi oleh Creative Enterprise, penerbit majalah Gila-Gila yang sudah tentu mempunyai sokongan kewangan dan kakitangan grafik yang ramai. Berbeza dengan kami di Roda-Roda ketika itu di mana seorang pekerja melakukan hampir semua tugas.

Minggu lepas saya dan keluarga mengambil peluang berbuka puasa di sini. Pertemuan setelah hampir 30 tahun tidak berjumpa, kami mengenang semula zaman superbiker kami, di samping kesibukan beliau melayan pelanggan mula datang untuk berbuka puasa.

Sajian utama di sini adalah stimbot; yang terdiri daripada 3 jenis - set biasa, set sukithai (dibakar dgn arang) dan set Korean style. Sajian-sajian lain ialah menu Masakan Cina dan Thai serta Masakan Melayu (Nasi Campur).

Untuk menu lengkap boleh lawat di sini dan di sini. Untuk makluman juga restoran ini mula dibuka pada Hari Raya Aidilfitri yang ketiga.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment