Friday, June 21, 2013

Perpustakaan Awam Negeri Perak di AEON Manjung










Perpustakaan Awam Negeri Perak di AEON Manjung

Petang semalam selepas berurusan dengan tugasan di Pelabuhan Lumut, saya singgah sebentar di AEON Manjung. Walaupun tidak semeriah dan sesibuk dengan AEON Ipoh, saya dapat merasakan keselesaan dan keselamatan pelanggan di AEON Manjung ini.

Link di sini untuk keterangan keselesaan dan keselamatan di AEON Manjung

Di AEON Manjung ini juga disediakan sebuah perpustakaan yang pada mulanya saya sangka milik AEON sendiri. Rupa-rupanya perpustakaan ini adalah Perpustakaan Awam Negeri Perak. Perpustakaan ini lengkap dengan bacaan umum seperti suratkhabar, bacaan lain malah turut disediakan kemudahan internet.

Sempat juga saya membelek sebuah buku berkaitan motosikal di perpustakaan ini.

Syabas pihak pengurusan AEON Manjung dan Perpustakaan Awam Negeri Perak yang telah menyediakan perpustakaan ini.

No comments:

Post a Comment