Tuesday, July 09, 2013

Ride Pre-Ramadan Taiping-Bangi-Taiping


 Ride Pre-Ramadan Taiping-Bangi-Taiping

Pagi tadi seawal 6.00am aku sudah berada di susur masuk highway Taiping Utara (Kamunting). Ketika tiba di Restoran Jejantas Sungai Buluh jam 8.30am, sudah mula rintikan hujan pada visor. Sebaik sahaja memberhentikan motor di Stesen Shell tepi Tol Jalan Duta, hujan mula menderu lebat.

Aku menyarung Rain Coat GiVi dan meneruskan perjalanan ke Bangi. Baju sahaja aku sarung kerana seluar Riding Pant yang aku pakai sudah waterproof. Aku sampai di Lembaga Lebuhraya Malaysia jam 9.00am. Sesi Safety Talk aku dalam dewan dengan gangguan gema serta deruan hujan lebat di luar.

Selepas makan tengahari, 2.00pm aku bertolak pulang juga diiringi rintikan hujan sehingga ke laybay Tanjung Malim. Di sini mula disimbah keterikan matahari. Aku sampai di rumah jam 5.30pm. Jumlah perjalanan pre-ramadan hari ini mencatat 655 km.

Sewaktu zaman gelandangan di KL era akhir 80an dulu nikmat menunggang dalam hujanlah sangat-sangat aku cari. Kalau jalan kering mungkin aku ketinggalan di belakang oleh rakan bikers yang lain. Tetapi tidak di dalam hujan yang pasti aku akan mengemudikan laluan.

Nikmat menunggang dalam hujan masih dikecapi sekarang ini. Mungkin keberanian memulas throttle sahaja mula berkurang.

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com



Posting berkaitan di sini.

No comments:

Post a Comment