Tuesday, December 24, 2013

Jual Laksa Bermotorpun Ada Advertising & Promotion





Jual Laksa Bermotorpun Ada Advertising & Promotion

Aku tidak pernah secara langsung bekerja di jabatan Advertising & Promotion (A&P) tapi kebanyakannya sentiasa terlibat dengan jabatan A&P ini terutama dalam mengendalikan motorsports.

Seorang pengamal A&P pernah memberitahu aku, budget untuk organisasi besar khusus kepada A&P ini boleh menjangkau sehingga 60%! Bayangkan dalam RM1.00 yang dibelanjakan organisasi untuk bahan mentah, sumber manusia (gaji, upah, dll) , utiliti, services  dan sebagainya hanyalah 40 sen dan selebihnya 60 sen  dibelanjakan (“dibuang”) untuk A&P. Tidak hairanlah syarikat minyak (sebelum ini syarikat rokok) sanggup berbelanja besar utuk menaja acara seperti F1, bola dan sebagainya.

Penjual Laksa Bermotor di hadapan Warung Cendol Bismillah, Taiping ini umpamanya semalam mengedarkan mini kalender “kuda” kepada pelanggannya. Beliau mengedarkan kepada semua pelanggan yang membeli laksa semalam tidak kira sama ada pelanggan tetap atau pertama kali mencuba laksanya.

Apa yang pasti tidak rugi jika elemen A&P dijadikan amalan dalam perniagaan.


http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment