Saturday, January 25, 2014

Aku nombor 3?


Aku nombor 3?

Minggu lepas aku dan anak jantan aku seorang itu sengaja balik dari Ipoh ke Taping melalui jalan lama (Sg. Siput, Kuala Kangsar & Pdg Rengas). Tiba-tiba aku menerima satu panggilan telefon.

“Siapa ni”, tanya aku.

‘Ala Hassan! Satu sekolah rendah Long Jaafar dulu. Tak kan tak ingat?  Sharifuddin nombor satu, aku nombor dua dan kau nombor tiga!”.

Oh! Aku memang ingat Hassan ini. Sama sekolah rendah aku semasa tahun 1978 dan 1979 (Darjah 5 dan Darjah 6). Kami sama-sama tinggal di Kampung Pinang, Kamunting. Aku pernah berjumpa dengannya di sebuah gerai kecil belakang The Ship di Damansara Utama sekitar pertengahan 80an semasa aku “bergelandangan” ketika itu.

Tapi aku tak ingatpun aku nombor tiga. Apa yang pasti nombor satu bukan milik aku!


http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment