Monday, November 03, 2014

Nasi Kandar Melayu Masjid Kubang Semang









Nasi Kandar Melayu Masjid Kubang Semang

Pesan guru (MS ISO) dan juga kawan saya, Tuan Jay Suhaimi (FB)- jangan makan petai kalau nak jumpa client terpaksa saya lupakan hari ini.

Saya ada tugasani di Permatang Nibong (syarikat transporation petroleum) dan ambik peluang heavy breakfast di tepi Masjid Kubang Semang. Pilihan terbaik di sini adalah Nasi Kandar Melayu seawal 7 pagi.

Ianya pilihan saya sebab memenuhi citarasa tekak saya dan harganya amat-amat berpatutan.

Nasi (1/2) RM 0.50
Telur Dadar RM 0.50
Sambal Tumis Ikan Bilis Petai RM 1.00
Sambal Tumis Kerang RM 1.00
Ulam Bendi (2 biji), Timun (4 keping) & Sambal Belacan RM 0.50
Ais Kosong Percuma

Jumlah RM 3.50

Berbeza sedikit dengan Nasi Kandar Mamak, di sini ceduk sendiri (self service) dankuah taruk sendiri 


http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

1 comment: