Wednesday, November 19, 2014

Sepatutnya perlu ada pemberitahuan (acknowledgement) supaya pembetulan di blog/fb dapat dibuat.


Sepatutnya perlu ada pemberitahuan (acknowledgement) supaya pembetulan di blog/fb dapat dibuat.

Saya pernah membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan Taiping (MPT) mengenai tong sampah di hadapan rumah orang tua saya di Kampung Pinang, yang tidak dikendalikan dengan baik oleh kontraktor dan juga gelagat penduduk tempatan yang membuat sampah sewenang-wenangnya.

Alhamdulillah, MPT telah mengambil tindakan sewajarnya. Saya membuat aduan secara bertulis dan banyak kali menelefon melalui kaunter aduan. Dalam proses tindakan, saya telah dimaklumkan (secara kiriman poskad) oleh MPT bahawa aduan saya telah diterima dan akan diambil tindakan. Itu sahaja makluman  (acknowledgement) yang saya terima dan tiada lagi makluman susulan selepas itu. Bagaimanapun kes tong sampah tersebut telah selesai kerana ibu saya memaklumkan kepada saya tindakan telah dibuat oleh pihak MPT kerana dia nampak pihak MPT datang ke tempat tong sampah tersebut.

Terima kasih kepada MPT. Sepatutnya MPT memaklumkan kepada saya (sebagai pengadu) bahawa tindakan telah diambil sama ada secara bertulis ataupun dengan telefon.

Hari ini saya mengendalikan bengkel di Pusat Internet 1 Malaysia di Utara Semenanjung dengan tajuk Welfare, Environment, Safety & Health at Public Computer Work Station.

Antara yang saya sentuh di dalam bengkel ini ialah pasarana khas/khusus untuk OKU berkerusi roda yang perlu ada unyuk menggunakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan di Pusat Internet 1 Malaysia dan Pusat Internet Desa ini.

Pada masa yang sama saya menggunakan presentation slides yangmenunjukkan kemudahan yang disediakan oleh MPT untuk OKU melawat Zoo Taiping. Terima kasih kepada Zoo Taiping atas kemudahan menyeberang jalan dengan terowong perjalan kaki ini.

Malangnya papan tanda menunjukkan kemudahan OKU itu adalah salah. Saya maklumkan kepada peserta bengkel hari ini, bahawa saya mula menegur MPT mengenai papan tanda ini semenjak tahun 2010 lagi melalui komentar di laman web MPT tetapi tidak mendapat sebarang respons. Kemudian saya menulis di dalam blog saya dan juga di dalam FB tetapi tiada juga respons.

Saya menelefon pula kaunter aduan MPT beberapa kali sepanjang tahun 2010 hingga tahun lepas memaklumkan perkara yang sama. Malah dalam satu aduan saya itu, pertugas di kaunter menanyakan saya balik adakah papan tanda itu salah dan di mana salahnya kerana dia rasa tak ada yang salah.

Jawapan saya kepadanya papan tanda tersebut tidak salah cuma silap!

Petang tadi saya terasa hendak tengok semula papan tanda ini. Terima kasih MPT dan alhamdulillah rupa-rupanya papan tanda yang silap ini telah diperbetulkan tanpa pengetahuan saya!

Saya bukanlah minta dihargai kerana teguran yang saya buat semenjak tahun 2010 lagi ini. Kalaulah saya dimaklumkan bahawa papan tanda yang silap ini telah diperbetulkan (saya tidak pasti bila diperbetulkan), tidaklah saya menyebut MPT sebagai organisasi yang tidak perihatin kepada golongan OKU kepada peserta bengkel hari ini.

Malah saya akan perbetulkan semula semua catatan-catatan dalam blog dan fb saya mengenai kesilapan yang dbuat oleh MPT dan ketidak keperihatinan mereka untuk memperbetulkannya walaupun sudah ditegur bertahun-tahun.

Mereka yang bertanggungjawab menerima aduan sama ada webmaster, pengendali web atau FB MPT serta di Kaunter Aduan bertanggungjawab untuk respons kepada pengadu. Sebaik sahaja menerima aduan, perlulah dimaklumkan penerimaan aduan (acknowldegement), kemudian dimaklumkan status dan akhir sekali makluman tindakan yang telah diambil atau tindakan yang tidak boleh diambil. Makluman boleh dibuat melalui surat, email ataupun telefon.

Harap pihak MPT membuat penambahbaikan dalam proses pemakluman ini.

Contohi Canon Malaysia dalam menangani pelanggan yang membuat aduan.

Link-link berikut adalah berkenaan catatan di atas.

Catatan blog pada  June 4, 2010 link ini

Catatan blog pada  July 11, 2011 link ini
Penghargaan kepada Canon Malaysia link ini


No comments:

Post a Comment