Friday, February 20, 2015

Banding Lakeside Inn – weekend great escapade



































Banding Lakeside Inn – weekend great escapade

Hampir baling dadu, saya dan isteri yang bercadang untuk “keluar” (honeymoon?) sempena cuti Hari Raya Cina ini. Serik dengan traffic jam di Limut/Pangkor dan Cameron Highlands, dua tempat ini sudah awal-awal dikeluarkan dari senarai list kami.

Tiba-tiba teringat GM Banding Lakeside Inn (BLI) yang sudah beberapa kali menjemput kami bermalam di tempatnya itu.

Pagi Khamis semalam sekitar 10am, kami menuju ke BLI. Cadang nak bersarapan di Gerai Mak Unggal, Simpang tetapi tutup pula. Kami singgah sebuah gerai di Padang Renggas di penghujung deretan rumah kedai selepas Stesen Petronas.

Sebaik sahaja keluar dari kereta sudah terbau kari ikan! Lauk masih banyak belum tersedia. Kami bersarapan Nasi Puteh dengan Kari Ikan Tongkol dan Sambal Kelapa Gaul Tempoyak. Ulam pun masih belum tersedia!

Kami tiba di BLI sekitar 2pm. Terkejut juga melihatkan laluan Kuala Kangsar-Grik yang banyak kenderaan. Malah di awal laluan Grik ke Lebuhraya Timur-Barat itu kami terkandas hampir 15 minit akibat kesesakan.

Jarak BLI dari Pekan Grik adalah 42 km dan terletak betul-betul sebelum jambatan yang merentasi Tasek Banding.

Lobby hotel ini terletak di paras lima di atas bukit. Bilik kami di paras empat. Kolam Mandi di paras tiga. Manakala surau di paras enam, paras paling tinggi.

BLI menawarkan pelbagai pakej rekreasi di Hutan Belum. Sebut sahaja pakej outdoor yang terlintas, ada jawapannya di sini. Ada yang “hardcore” dan ada yang “light” bersesuaian dengan peringkat umur dan kesihatan.

Tetapi kami hanya ingin “keluar” dari rumah dan bersantai menikmati pandangan tasek. Mungkin di masa akan datang kami akan mencuba pakej rekreasi ini.

Seperti dijangka, walaupun BLI menawarkan wi-fi percuma, liputan di sini hampr tiada. Malah mobile data dan broadband mobile yang saya bawa juga hampir tidak berfungsi. Amat sesuai untuk mereka yang benar-benar yang mencari “weekend great escapade”.

Bakoni bilik kami menghadap tasek dan jambatan merintasi Tasek Banding ini memang mengujakan kami. Asyik memerhatikan kenderaan yang tidak putus-putus di atas jambatan bagaikan deretan semut mundar-mandir! Sekali-sekala deruman engine Bot Laju bagaikan korus lagu.

Makan malam ala bufet-nya ringkas tetapi menyelerakan. Sup Ayam-nya yang terbaik! Macam rasa nak minta dipadankan dengan beehun atau ketiaw. Menu lain seperti Daging Masak Kicap, Ikan Rendang, Udang Sayur Campur dan Labu Masak Lemak tidak kurang sedapnya.

 Appetizer yang merupakan sajian pertama sesuatu hidangan, kami jadikan lauk tambahan! Manakan tidak, Kerabu Dagingnya memang mengancam! Terdapat juga pelbagai appetizer yang lain.

Ramai juga tetamu bersama kami menikmati jamuan makan malam di ruang makan berbalkoni mengadap tasek.

Suasana subuh menjelang pagi menyaksikan mentari naik menceriakan hari kami. Satu suasana yang menjadi pilihan Fengsui Cina!

Pagi ini kami bersarapan sebelum mendaftar keluar untuk satu lagi  weekend great escapade kami. Sarapanya ringkas sahaja.

In sya Allah selepas ini kami akan datang lagi dengan sport shoes dan trekking suit !

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment