Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang – Pelbagai kaedah
pembungkusan
Biasanya kalau berpeluang, saya akan memilih Nasi Lemak
Bungkus Daun Pisang.
Pilihan saya ialah Nasi dan Sambal/Lauk dibungkus sepenuhnya
dengan Daun Pisang. Sama ada pembalut luarnya dari kertas surat khabar atau
kertas minyak itu adalah optional.
Sekarang ada pelbagai kaedah pembungkusan yang masih
menggunakan Daun Pisang. Ada berbentuk kon, ada hanya melapik asas nasi dan ada
hanya melapik sambal sahaja.
Petang tadi dalam perjalanan pulang dari menyampaikan
“safety talk” di UTP, saya singgah di R&R Sungai Perak sebelah Selatan.
Cadangnya hanya hendak membasah tekak dan membeli sedikit buah potong.
Tetapi saya tergoda dengan deretan “pacakan” Nasi Lemak
Bungkus Daun Pisang di salah sebuah gerai makan di R&R ini. Bagaikan menara
KLCC ! kalau tidakpun bagaikan Piramid.
Rupa-rupanya hanya bahagian atas sahaja yang dibungkus oleh
Daun Pisang berbentuk “kon tinggi”. Tapaknya masih menggunakan kertas minyak.
Kreatif juga peniaga ini. Malah Nasi Lemak ini masih berbau
keharuman Daun Pisang
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blospot.com
Minggu lepas saya singgah di r&r dengkil. Terpikat dengan nasi lemak bungkus daun pisang tetapi daun pisang hanya sebagai reben saja (hiasan). Sungguh tidak ori.
ReplyDeleteMinggu lepas saya singgah di r&r dengkil. Terpikat dengan nasi lemak bungkus daun pisang tetapi daun pisang hanya sebagai reben saja (hiasan). Sungguh tidak ori.
ReplyDelete