Friday, March 06, 2015

Ronda Cari Roti – Karipap Telur





Ronda Cari Roti – Karipap Telur

Saya mengeketagorikan “karipap” sebagai roti sebab di kebanyakan kedai, karipap biasanya dijual bersama-sama roti!

Di Taiping dan Kamunting, banyak kedai/gerai yang menjual Karipap Telur atau Karipap Besar ini. Rasanya Karipap Telur Zanurin di Dataran Selera Medan Kamunting Jaya ini adalah antara yang terbaik.

Saya mula makan Karipap Telur ini penghujung 80an. Ketika itu keluarga Zanurin menjualnya di seberang jalan Caltex Kamunting, atas bukit bersebelahan jalan masuk Kampung Pinang.

Rasanya hampir sama tidak berubah. Hanya mengikut masa peredaran, harganya sahaja berubah.

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment