Sunday, March 15, 2015

Ronda Cari Roti – terjumpa Mee Kari Hebat Parit Buntar










Ronda Cari Roti – terjumpa Mee Kari Hebat Parit Buntar

Petang tadi pukul 4.00pm, dalam perjalanan balik dari Perai ke Taiping, kami singgah untuk mencuba Roti Bakaq Teloq Meleleh di sebelah Pasaraya Mydin Parit Buntar. Malangnya lagi kami diberitahu oleh jiran gerai ini, Roti Bakaq Teloq Meleleh hanya memulakan operasi perniagaan sekitar 6.00pm! Isnin lepas kami datang hari Isnin, malangnya kami diberitahu oleh jiran gerai ini, Roti Bakaq Teloq Meleleh bercuti setiap hari Isnin.

Mujurlah Mee Kari sebelah Gerai Roti Bakaq Teloq Meleleh ini menepati cita rasa saya. Dipelawa dengan dua versi – Telur Kerang atau Telur Ayam. Saya memilih Telur Kerang.

Mee Kari ini ada banyak condimentnya. Malah ada Kacang Panjang Celur lagi.

Cuma Kerangnya hanya dicelur bukannya Sambal Tumis Kerang, yang selalu menjadi pilihan kemestian saya.

Seperti biasa, isteri saya memilih-cuba Laksa dan rasanya juga tidak kurang hebatnya!

Sepastinya mengubat kekecewaan kami kerana tidak berpeluang mencuba Roti Bakaq Teloq Meleleh yang tidak pasti hari dan masa operasinya.

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

No comments:

Post a Comment