Monday, April 13, 2015

Kem Jati Diri Pendidikan Khas. Selama, Perak 10 – 12 Apr 2015











































































Kem Jati Diri Pendidikan Khas. Selama, Perak 10 – 12 Apr 2015

KJD PD khas ini disertai oleh 66 kanak-kanak pendidikan khas dari Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Manakala SK Tanjung Piandang adalah tuan rumah. Manakala Komuniti Amal Taiping (KaT) adalah rakan acara (event partner).

Di saat akhir salah satu kontigen telah menarik diri dan diganti oleh anak-anak yatim penghuni Kediaman Cahaya Ain, Bagan Serai.

Sumbangan yang diterima melalui KaT ialah banner, bunting, tshirt, goodies bag, toileteris set (sabun, berus gigi, ubat gigi, sikat & talcum powder), sationery set (buku tulis, pencil case, pen, pensil, pengasah, pemadam & pembaris), water colour, face towel, cup cake, birthday cake, paper plate, dan birthday party set/decoration.

Hanya Dia sahaja yang mampu membalas sumbangan tuan/puan ini. Semoga diberkati amalan tuan/puan, dimurahkan rezeki, diperlihara kesihatan & keselamatan serta dipermudahkan-Nya segala urusan tuan/puan. Amin. In sya Allah, inilah doa kami dan doa anak-anak istimewa ini.

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment