Monday, March 30, 2015

Nasi Lalap di The Warung, Kapayan















Nasi Lalap di The Warung, Kapayan

Sepupu saya di Kota Kinabalu membawa saya mencuba Nasi Lalap di The Warung, Koperasi Kapatan Berhad, Kapayan.

Warung kecil ini padat dengan pelanggan, malah kami terpaksa menunggu seketika untuk ditempatkan di meja yang kosong.

Menu yang kami cuba ialah Nasi Lalap, Nasi Goreng Lalap dan Watan Hor Seafood.

Ayam Goreng Panas untuk Nasi Lalap ini memang terbaik tetapi saya lebih teruja dengan Gorengan Tauhu dan Tempenya yang ranggup! Juga tersedia keropok ala Keropok Murni.

Sambalnya yang melengkapkan set Nasi Lalap ini.

Tersedia dengan tiga sediaan iaitu Ayam, Daging atau Seafood, kami memilih Watan Hor Seafood yang juga tidak mengecewakan selera kami.

Kunjungan akan datang, saya akan Nasi Uduk Ayam Penyek pula.

Kedai kecil yang telah lama beroperasi ini juga menyediakan juadah makan tengahari dengan yang ringkas sahaja. Menu lain yang terkenal di sini ialah Ayam Goreng dengan Sambal Specialnya.

Hanya jauhari mengenal manikan. Hanya penduduk tempatan yang arif segalanya!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blospot.com

No comments:

Post a Comment