Monday, August 17, 2015

Apabila kata asal diputar-belitkan.


Apabila kata asal diputar-belitkan.

(Case study/exercise dalam Kursus Communication)

Sepulang dari sawah, Lembu terus terbaring di kandang dengan wajah penat dan nafas yang berat. Lembu berkata pada Anjing yg kebetulan datang berjumpanya : "Anjing, aku sangat penat hari ini. Rasanya esok sehari aku nak berehat.”

Anjing bejumpa Itik di sudut tembok: "Tadi aku berjumpa Lembu, katanya esok dia ingin berehat dulu. Aku rasa sudah sepatutnya, sebab tuan kita bagi kerja yang terlalu berat kepada Lembu."

Itik kemudian bercerita kepada Kambing: "Lembu merunggut tuan kita bagi kerja terlalu banyak dan berat, jadi esok dia tidak mahu kerja."

Kambing berjumpa Ayam: "Khabarnya Lembu tidak seronok bekerja dengan tuan kita lagi."

Ayam pula bercerita kepada Kucing: "Lembu tak mahu bekerja untuk tuan kita lagi dan dia nak bekerja dengan tuan lain."

Ketika makan malam, Kucing memberitahu Peladang: "Tuan, elok tuan ajar si Lembu tu, akhir-akhir ini dia telah berubah. Dia ingin meninggalkan tuan untuk bekerja dengan tuan lain."


Mendengar kata-kata Kucing, Peladang merasa amat marah dan keesokan harinya Peladang menyembelih Lembu.

No comments:

Post a Comment