Thursday, August 06, 2015

Menu Johor di Food Court Tesco Taiping











Menu Johor di Food Court Tesco Taiping

Pukul 3 petangi tadi bersama isteri, kami mencari tempat untuk berjuadah tengahari.

Mengenangkan di Aidilfitri ini saya masih belum berpeluang menjamah Lontong, saya mengajak isteri ke sebuah gerai di Food Court Tesco Taiping yang saya tahu ada menjual makanan Menu Johor. Sementelah isteri pula hendak makan Roti Pool.

Malangnya hari ini menu Lontong tak tersedia. Kami mencuba Menu Mee Bandung Muar dan Kacang Pool.

Rasanya? Boleh datang repeat order lagi! Harap-harap ada Lontong selepas ini.


Di mana ya hendak cari Lemang Jagung? Aidilfitri tahun ini tak merasa lagi Lemang Jagung ini.

No comments:

Post a Comment