Thursday, September 24, 2015

Biografi Syed Mokhtar Albukhary



Biografi Syed Mokhtar Albukhary

Saya mempunyai lebih 30 koleksi biografi pemimpin dunia, tempatan, tokoh-tokoh dan sebagainya. Malah ada di antaranya saya mempunyai koleksi dalam Bahasa Inggeris (teks asal) dan juga dalam Bahasa Malaysia (teks terjemahan) untuk saya lebih menghayati isi kandungannya.

Kebanyakan biografi ditulis selepas kematian tokoh dan ada juga biografi yang ditulis ketika tokoh masih hidup. Malah ada biografi yang ditulis oleh tokoh tersebut.

Saya menyimpan cita-cita untuk menulis biografi saya. Kehidupan saya biasa-biasa sahaja tetapi perjalanan saya penuh berliku. Pernah dua kali gagal IPTA (UM dan ITM), sebut sahaja kerjaya apa yang tidak pernah buat, dari operator kilang, juruteknik, pekerja binaan, penjual durian, penulis sambilan di NST (BH) dan Creative Enterprise (GG), wartawan majalah, jurutera dan pengurus kilang hinggalah kerjaya saya terakhir pensyarah IPTA. Di samping itu saya terlibat dalam sukan permotoran hingga ke peringkat dunia dan pernah sampai melalui jalan darat ke sempadan Tibet dengan kereta serta pernah sampai ke sempadan China dengan motosikal. 

Dalam masa itu saya bangun kembali dengan meraih ijazah pertama PPJJ (Mech. Engineering, USM) hanya ketika berusia 35 tahun. Ijazah master ketika 38 tahun. Ijazah PhD pula masih tidak tahu ketentuannya.

Mungkin itu asam garam biografi saya kelak. Saya  juga mula menulis dalam majalah Dewan Siswa seawal 80an diikuti Dewan Masyarakat . Kini lebih kepada penulis modul kepada beberapa IPTA dan IPTS
.
Untuk kali ini saya ingin berkongsi sedikit Biografi Syed Mokhtar Albukhary (BSMA). Bukan ulasan buku tetapi lebih kepada topic bahagian yang menarik hati saya.

Membaca BSMA ini membuatkan saya lebih mengagumi beliau. 

Bagaimanapun saya tidak sehaluan dengannya kepada dua perkara.

Perkara pertama berkaitan mementingkan hubungan kekeluargaan. Tidak dinafikan beliau memang amat mementingkan hubungan kekeluargaannya. Tetapi pada masa yang sama amalan bermesyuarat bulanan dengan pengurus-pengurus syarikat beliau di rumahnya yang bermula selepas waktu Isyak hingga ke Subuh itu bertentangan dengan prinsip kekeluargaan yang diamalkannya.

Pada saya selepas waktu kerja adalah masa dengan keluarga. Full stop!

Syed Mokhtar juga tanpa berselindung mengakui beliau mengembangkan perniagaannya ke luar negara dengan hanya sekeping surat sokongan dari Tun Mahathir yang menjadi Perdana Menteri ketika itu.

Padangan saya terhadap amalan itu? No comment!

Apapun kegigihan beliau mengembangkan perniagaannya dan kesungguhan beliau dalam memastikan kebajikan semua kakitangan perniagaan beliau terjamin amat-amat membuatkan rasa hormat saya “menengelami” dua amalan beliau yang tidak sehaluan dengan saya itu.

No comments:

Post a Comment