Wednesday, September 30, 2015

Kari Kambing di Restoran Nasi kandar Padang Kota, RTC Gopeng




Kari Kambing di Restoran Nasi kandar Padang Kota, RTC Gopeng

Seorang kenalan lama (dia otai gadget komunikasi di Taiping, callsign pun nama dia!) mencadangkan saya mencuba Kari Kambing di Restoran Nasi Kandar Padang Kota, RTC Gopeng.

Kerap juga saya singgah di RTC ini tetapi hanya mencuba Roti Canai Kuah Campur sahaja. Tidak pernah makan nasi di sini.

Semalam saya mencuba Kari Kambing ini. Untuk mengelakkan lidah terkhilaf dengan menu lain, saya hanya order Kari Kambing dengan Roti Canai Kosong.

Saya akan berterima kasih kepada kenalan lama saya ini, Kari Kambing ini memenuhi citarasa saya. Dagingnya lembut dan kuahnya cukup rasa.


Memang akan repeat order lagi kalau saya melalui RTC Gopeng ini kelak.

No comments:

Post a Comment