Monday, September 28, 2015

Mee Kari Marry Brown






Mee Kari Marry Brown

Saya pernah makan Mee Kari Marry Brown sebelum ini tapi tak perasan pula condiments dan vege-nya yang banyak.

Semasa berpeleseran di dinding cermin Marry Brown di BREM Mall KL sebentar tadi. Saya ternampak seorang pelanggan baru sedang hendak menikmati Mee Kari. Condiments dan vege yang terampai di permukaan Mee Kari itu menghairahkan saya untuk mengordernya.

Cuma ada satu jenis vege iaitu Sayur Kacang Panjang sahaja. Saya mengharapkan ada vege lain seperti Terung ataupun Salok Cabai.Untuk banyakkan vege, saya side order iaitu Salad Vege. Condimens yang disangka hanyalah ketulan Isi Ayam Goreng, ingatkan ada pelbagai Isi Makanan Laut.

Bagaimanapun kuah Mee Karinya no bad! Ada pula kerusi bersandar macam di Restoran Selamat Bagan Serai. Malah ada kerusi buaian. Rasa nak cuba tapi takut pening pula makan sambil berayun ini. 

No comments:

Post a Comment