Thursday, October 01, 2015

Cikgu Fuad Nasi Kukus Ayam Dara Kamunting






Cikgu Fuad Nasi Kukus Ayam Dara Kamunting

Sudah dua kali penghuni empat rumah amal bawah program kongsi rezeki kelolaan Komuniti Amal Taiping (KT) berjuadah dengan Cikgu Fuad Nasi Kukus Ayam Dara Kamunting. Sekali ditaja oleh pengusaha makanan ini sendiri dan sekali lagi ditaja oleh seorang Hamba Allah. Malah pada pertengahan November 2015 ini, atas permintaan penghuni-penghuni rumah amal ini sendiri, akan ada satu lagi juadah menu yang sama tajaan seorang Hamba Allah lagi.

Saya hanya berpeluang menikmati juadah menu ini sebentar tadi.

Ketika suapan pertama nasi dan ayam ini, tiba-tiba saya terkenangkan Nasi Berangin yang dijual bersebelahan Balai Riong (NST) di Jalan Riong, Bangsar bersetentangan pintu pagar Balai Berita TV3 semasa saya tinggal berhampiran ketika pertengahan 80an.

Nasi yang panas dan ayam yang baru diangkat dari kuali berminyak panas menyebabkan Nasi Berangin ini meneliurkan para pelanggan yang berbaris panjang. Menariknya  gerai ini menjual semata-mata Nasi dan Ayam Goreng sahaja. Tanpa lauk-pauk lain hatta sayur-mayur, Cuma sesudu sambal sebagai penyelera.

Berjuadah Cikgu Fuad Nasi Kukus Ayam Dara Kamunting ini seolah-olah mengembalikan suasana saya berjuadah Nasi Berangin 30 tahun yang lalu. Adakah masih ada juadah Nasi Berangin ini diterus-lansungkan perniagaannya oleg pelapis atau waris?

 Cikgu Fuad Nasi Kukus Ayam Dara Kamunting ini juga disediakan dengan Nasi dan Ayam Goreng yang Panas. Tambahan sekeping-dua hirisan Timun. Juga disertakan sesudu Sambal.

Sebagai tambahan penyelera, serbuk tepung Ayam Goreng ini ditambah letak di atas Nasi Kukus ini. Lain kali kalau saya order lagi, mesti saya akan minta extra serdak ini.

Kalau diberi peluang, saya berharap dapat makan Cikgu Fuad Nasi Kukus Ayam Dara Kamunting dengan hirisan Ulam Kobis Mentah.

Cikgu Fuad Nasi Kukus Ayam Dara Kamunting kini mempunyai gerai di hadapan Pasar Borong Kamunting bersebelahan Balai Bomba. Dibuka dari pukul  11 pagi hingga 5 petang. Manakala gerai di Pasar Malam Kamunting beroperasi setiap Rabu dan Khamis mulai 5 petang.


Boleh hubungi no berikut 0175329608 untuk tempahan.

No comments:

Post a Comment