Sunday, October 25, 2015

Sumbangan makan dua kali seminggu untuk empat buah rumah amal









Sumbangan makan dua kali seminggu untuk empat buah rumah amal

Alhamdulillah berkongsi rezeki pagi tadi. Sarapan untuk 4 buah rumah amal kelolaan Komuniti Amal Taiping (KaT) sumbangan seorang Hamba Allah.

90 bungkus Nasi Lemak Sotong dan 90 bungkus Nasi Lemak Udang untuk 90 orang penghuni 4 buah rumah amal ini disediakan oleh jiran yang juga merupakan pembekal Nasi Lemak Pasar Pagi Kamunting @ Gerai Kuih Kak Zah.

Alhamdulillah juga kini KaT berupaya mengelolakan 2 kali makan dalam seminggu untuk 4 buah rumah ini iaitu juadah makan malam dan iftar/buka puasa setiap Khamis dan sarapan setiap Ahad dengan sumbangan dari orang ramai

Program Berkongsi Rezeki 4 Rumah Amal (90 penghuni). 

Rumah-rumah amal/kebajikan tersebut ialah:

 i. Tafiz Anak Yatim & Miskin Amal Nur Qaseh Kpg Pasir Bt 4 Kmtg (35 penghuni), 
ii. Kediaman Cahaya Ain Bgn Serai (15 penghuni), 
iii. Rumah Warga Emas (P) Al Ikhlas Rozy  Kpg Ekspo Kmtg  (25 penghuni) & 
iv. Rumah warga Emas (L) Aminur Ain Kpg Ekspo Kmtg (15 penghuni) (15 penghuni)

Jumlah sumbangan atau penghantaran makanan ataupun hari tidak ditetapkan. Mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi Penyelaras Komuniti Amal Taiping (KaT) - Lukman Wan Mat Daud 019 558 2626 whatsapp/sms

Tuan/puan juga dialu-alukan untuk menyumbang terus / berhubung terus dengan rumah-rumah kebajikan ini.

(i) Pn Ain, Kediaman Cahaya Ain Bagan Serai 016-504 9564 
(ii) Pn Rozi, Rumah Al Ikhlas Rozy Ekspo Kamunting 019-578 7650
(iii) En Rustam, Rumah Amirul Ain Ekspo Kamunting 014-241 0021 
(iv) En Roslan, Asrama Tafiz Kpg Perwira, Kamunting 012-543 0322


*Komuniti Amal Taiping (KaT) bukanlah persatuan. KaT adalah gabungan individu sebagai pengantaraan amal. KaT tidak mewakili dan tidak terikat dengan mana-mana rumah kebajikan, persatuan atau NGO

No comments:

Post a Comment