Wednesday, November 04, 2015

Nasi Tomato & Egg Banjo untuk 4 Buah Rumah Amal


Nasi Tomato & Egg Banjo untuk 4 Buah Rumah Amal

Program Berkongsi Rezeki 4 Rumah Amal (90 penghuni). 

Alhamdulillah, Buka Puasa Khamis 5 Nov 2015 ini ada Hamba Allah yang menaja Nasi Tomato dan Sarapan Ahad 8 Nov 2015 ada Hamba Allah yang menaja Egg Banjo kepada 90 orang penghuni 4 buah rumah amal di Taiping/Bagan Serai iaitu

Rumah-rumah amal/kebajikan tersebut ialah:

 i. Tafiz Anak Yatim & Miskin Amal Nur Qaseh Kpg Pasir, Batu 4, Kmtg (35 penghuni), 
ii. Kediaman Cahaya Ain Bgn Serai (15 penghuni), 
iii. Rumah Warga Emas (P) Al Ikhlas Rozy  Kpg Ekspo Kmtg  (25 penghuni) & 
iv. Rumah warga Emas (L) Aminur Ain Kpg Ekspo Kmtg (15 penghuni) (15 penghuni)

Juadah disediakan - Nasi Tomato (Katerer Nizamrich Tdbb 012-927 5592) dan Egg Banjo (Katerer Illiawati 017-5435911)

Semoga diberkati-Nya amalan dan dimurahkan-Nya rezeki penyumbang-penyumbang melalui KaT ini.

Jika ada yang ingin bersama-sama menyertai Program Berkongsi Rezeki 4 Rumah Amal (90 penghuni), bolehlah menghubungi Penyelaras Komuniti Amal Taiping (KaT) - Lukman Wan Mat Daud 019 558 2626 whatsapp/sms.

Buat masa ini KaT mengelolakan juadah makanan sebanyak 2 kali dalam seminggu iaitu hari Khamis (makan malam/berbuka puasa) dari hari Ahad (sarapan/makan tengahari).

Bagaimanapun jumlah sumbangan atau penghantaran makanan ataupun hari tidak ditetapkan. Mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi 

Tuan/puan juga dialu-alukan untuk menyumbang terus / berhubung terus dengan rumah-rumah kebajikan ini.

(i) En Roslan, Asrama Tafiz Kpg Perwira, Kamunting 012-543 0322
(ii) Pn Ain, Kediaman Cahaya Ain Bagan Serai 016-504 9564 
(iii) Pn Rozi, Rumah Al Ikhlas Rozy Ekspo Kamunting 019-578 7650
(iv) En Rustam, Rumah Amirul Ain Ekspo Kamunting 014-241 0021 

*Komuniti Amal Taiping (KaT) bukanlah persatuan. KaT adalah gabungan individu sebagai pengantaraan amal. KaT tidak mewakili dan tidak terikat dengan mana-mana rumah kebajikan, persatuan atau NGO

No comments:

Post a Comment