Sunday, December 06, 2015

Mengapa saya menulis?





Mengapa saya menulis?

Samada menulis dalam fb (facebooker) atau blog (blogger), saya memang minat menulis. Setakat ini saya ada 1 akaun FB (nama penuh saya Lukman Wan Mat Daud), 2 akaun blog iaitu OSH THE JOURNEY dan ORANG KECIL ORANG BESAR,

OSH The Journey (OTJ) merupakan blog khusus mengenai OSH dan seumpamanya. Blog Orang Kecil Orang Besar (OKOB) adalah blog santai. Manakala fb saya adalah gabungan 2 blog ini.

Selain minat menulis saya minat berkongsi maklumat dan pengetahuan. Dalam blog OTJ saya berkongsi perkara berkaitan OSH dan seumpamanya, Bukan niat untuk menunjuk pandai ataupun untuk mempromosikan diri saya dan juga latihan-latihan yang saya kendalikan.

FB saya pula berkisah terhadap perkara OSH dan seumpamanya, tentang kerja amal, tentang pengembaraan saya, tentang 2 roda (motosikal dan basikal) dan tentang makanan. “Mungkin” sekali-sekala termasuk coretan kritikan social.

Tentang kerja amal semata-mata untuk mengalakkan “pembaca” jika ada yang sudi membaca agar menyumbang. Bukan semestinya kepada program kami Komuniti Amal Taiping (KaT) anjurkan malah kepada sesiapa sahaja yang layak menerimanya.  Tiada niat untuk membangga dan kami sentiasa mendoakan agar dijauhkan riak.

Alhamdulillah dari masa ke semasa ada sahaja media massa bercetak malah elektronik dan juga media social merujuk penulisan saya dan menyiarkannya kembali di media mereka. Ada juga yang saya terkilan kerana penulisan saya tidakdirujuk sepenuhnya dan dibuat kesimpulan yang lari dari penulisan asal.

Kepada mereka yang ingin berkongsi (share) dan sebagainya, dipersilakan. Tidak perlu minta izin. Pada saya, kalau saya sudah bersedia berkongsi di media, maknanya saya sudah bersedia untuk berkongsi oleh dengan orang ramai.

Saya mula berkongsi makluman sebegini semenjak awal 2008 lagi. Apa yang kongsi adalah berdasarkan pengetahuan (apa yang saya pelajari) dan pengalaman (apa yang saya lalui). Boleh rujuk disclaimer ini pada sudut bawah blog OTJ saya bertarikh 25 Jun 2007 iaitu di blog pertama saya The Journey yang menggunakan platform UUM.

Malah saya juga sering mengesyorkan agar dirujuk seterusnya kepada mereka yang lebih arif dan alim dari saya terutama perkara-perkara di luar jangkauan saya.

Apapun saya bertanggungjawab terhadap penulisan saya. Saya boleh dan mudah dihubungi. Cuma saya mohon baca sepenuhnya dahulu penulisan saya sebelum membuat kesimpulan.

Terima kasih

Lukman Bin Wan Mat Daud

019 558 2626

No comments:

Post a Comment