Saturday, July 31, 2010

Bersarapan di Kota Kinabalu


Bersarapan di Kota Kinabalu

(Sebelas hari tak berblog aku macam kucing mati anak (iye ke?). Ikut statistik, paling kurang 14 posting sebulan dengan purata aku memblog 30 posting sebulan dan ini bermakna dalam sehari aku memblog dengan satu posting. Pertama kalinya dalam bulan ini baru lima posting.

Bukan mogok atau malas memblog tetapi aku telah “ditegur” kerana suatu projek penulisan yang sedang aku usaha agak perlahan progress kemajuan. Hendak tak hendak selepas ini aku terpaksa “mengimbangi semula” apa sahaja yang aku buat.)


Semalam aku menyeberangi Laut China Selatan. Kali ini ke Kota Kinabalu. Paling akhir aku ke sini dua tahun lepas apabila terlibat dalam penganjuran Cub Prix. Tahun-tahun semasa dalam Cub Prix aku ditempatkan di Hotel Le Meridien yang betul-betul berhadapan Pasar Kraf Tangan, Pasar Basah dan Pasar Malam. Kedatangan kali ini aku ditempatkan di Hotel Promenade.

Pagi tadi aku bersarapan dengan menunya yang menarik. Di samping menu mesti sarapan pelbagai bijirin, roti dan pelbagai cara telur dimasak, plain porridge dan juga chicken porridge “berlauk”, terdapat menu lain seperti di bawah.

Sekarang jam 4.00pm, aku bermalas-malasan di hotel selepas selesai tugasan kerja sambil menunggu cuaca redup untuk bersiar-siar. Di KK ini aku dimaklumkan cuaca tidak menentu dengan hujan saban hari ketika ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogsot.com/

Menu tertulis Roti Jala tapi berbentuk Murtabak dan rasapun Murtabak!

Ada 2 porridge - plain dan chicken.

Condiments porridge ada Jeruk Bawang!

Macam Telur Pindang Jawa saja!

Pancake dengan madu dan Punding

Tomato panggang?

Balik nanti nak suruh Org Rmh aku masak pula!

Menu berat penuh pinggan tapi portion sikit saja!

Nasi Kuning Berkismis dengan Rendang Kambing

Pelbagai sayur

Aneka menu sayur pilihan

Beehon Goreng ala Beehon Singapore

Ketiaw Goreng

Sup dengan pilihan Mee atau Beehon

Aku prefer Ketiaw tapi tak ada!

Ada condiments Ayam Lenyek (carik) dan Daging Lenyek

Aneka roti, donut dan cake

Pelbagai roti

Kuih Cara

Pelbagai buah potong

Monday, July 19, 2010

Tiada posting terbaru untuk tempoh kesekiannya

Maaf dimaklumkan.

Tiada posting terbaru untuk tempoh kesekiannya.

lukmanw@gmail.com

Wednesday, July 14, 2010

Great Corporate Lessons

Great Corporate Lessons
(Received thru email)






















Monday, July 12, 2010

Apabila 31 orang bekas pelajar sekolah bertemu



Apabila 31 orang bekas pelajar sekolah bertemu
Walaupun ada di antara kami yang paling akhir bertemu pada tahun 1980 iaitu semasa Tingkatan 1 di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh, pertemuan pada 10 Julai 2010 di Intekma Resort, UiTM Shah Alam, semula ini seolah-olah hanya berpisah berberapa hari saja rasanya.

Walaupun pada awal pertemuan untuk makan malam itu ada yang sudah tidak mengenali dari segi rupa dan fizikal, kemesraan bertaut semula dengan pantasnya.

Cerita lanjut
di sini dan di sini (http://izzuddin8084.blogspot.com/)

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Tuesday, July 06, 2010

Sarapan Ubi Kayu Kukus di MS Garden Kuantan



Sarapan Ubi Kayu Kukus di MS Garden Kuantan

Sabtu dan Ahad lepas, aku dan orang rumah aku seorang itu bersarapan di Sunway Hotel Prai. Mungkin kerana sudah terlalu kerap bersarapan di sini dengan sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan, tekak aku sudah tidak berselera lagi untuk mencicip sebarang menu. Nasi Goreng dan Mee (atau berselang Ketiaw) Goreng terasa tidak lengkap perencahnya. Nasi Lemak dengan "Sambal Bawang Majid" nya terasa ntah apa-apa. Toseinya terasa hambar. Mungkin menyelerakan sikit adalah lauk Ayam Pandan bersegi-tiganya!

Menu yang sama untuk sarapan dalam tempoh tiga, empat tahun ini. Kalau yang pertama kali atau sekali-sekala bersarapan di sini tentu tidak merasanya tetapi bagi kami sekeluarga yang mula menghuni di hotel ini semenjak akhir 2006 sudah terasa jemunya. Kadang-kadang aku hanya bersarapan dengan pisang! Pernah aku melawak dengan pekerja di sini dan jawapan mereka ialah; apa nak buat Chef yang sama! Mungkin kena tukar Chef kut?

Pagi Ahad aku mendapat panggilan telefon dari Penolong Naib Canselor meminta aku mewakili jabatan ke Pelancaran/Seminar Minggu OSH di Universiti Malaysia Pahang di Gambang pada hari Isnin. Petangnya terus aku memandu ke Kuantan dan menginap di MS Garden.

Aku biasa menginap di sini awal hingga pertengahan 2000an semasa berlangsungnya Cub Prix di Kuantan atau Pekan. Tetapi tidak perasan menu sarapannya kerana acap-kali aku keluar seawal pagi sebelum masa sarapan bermula.

Pagi semalam aku bersarapan dengan Ubi Kayu Kukus. Menu lain seperti Nasi Lemak, Roti Canai, Mee Goreng (digoreng apabila ada permintaan!) aku tolak tepi.

Mulanya aku menyangka ketulan ubi rebus dalam periuk kukus ini mesti keras kerana tidak ternampak ketulan asap keluar apabila tudung periuk dibuka. Tekaan aku meleset kerana isinya empuk dan lembut sekali.

Cicahannya bukan sahaja ada kelapa parut dan gula merah tetapi turut disediakan sambal manis! Tidak perlulah aku "mencuri" sambal tumis seperti aku lakukan kalau bersarapan ubi kayu rebus di Hotel Quality KL.

Huh! Kalaulah boleh aku nak tapau bawa masuk bilik lagi!

Apapun mungkin juga kedatangan aku hanya sekali-sekala di Hotel MS Garden ini. Kalau terlalu kerap mungkin juga aku akan merasa jemu.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Kadang-kadang bersarapan dengan 'welcome drink dan fruit' dalam bilik seperti di Hotel Sunway Prai ini lagi terasa 'cool'.

Wednesday, June 30, 2010

Namapun Mudah aleh!




Namapun Mudah aleh!

Saya ramai kenalan di sektor perhotelan ini dari yang berpangkat GM hinggalah Bellboy. Malah orang rumah saya seorang itu juga ramai saudara-maranya di Penang yang bekerja di hotel-hotel terkemuka di sana.

Menurut mereka, antara benda yang sering hilang sama ada salah letak atau dicuri ialah Pengendali Siaran Tv Mudah Aleh Tanpa Wayar (Wireless tv remote control). Patutlah ada hotel (terutama yang tidak berbintang!) hanya memberikan remote ini semasa check-in di kaunter dan kemudiannya mesti dipulangkan semasa check-out!

Kunjungan ke Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu baru-baru ini mendapati pihak pengurusan hotel tersebut telah "manambahbaikan" remote ini. Bukan sahaja di "ikat" dengan kabel telefon malah penutup simpanan bateri juga di-skru-kan.

Mungkin tahap kesabaran pihak pengurusan hotel ini menangani masalah remote salah letak dan hilang telah sampai ke kemuncaknya!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/